Iklan jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
Tarikh tutup 5 Mac 2009


Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa
bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
dalam perkhidmatan Pengurusan dan Profesional. Keutamaan akan diberi kepada
pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

jawatan

1. Pegawai Tadbir (Tetap) - 1 Kekosongan
2. Pegawai Tadbir (Kontrak) - 2 Kekosongan

iklan jawatan KETENGAH

borang permohonan KETENGAH

a. Jawatan : Pembantu Pertanian
b. Gred : G17
c. Kod Skim : 4830
d. Kumpulan : Sokongan
e. Kem./Jab. : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
f. Jadual Gaji :
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Kelayakan

i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8]; DAN
iii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai, mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan projek perladangan berkelompok.

Iklan jawatan kosong di Majlis Agama Islam Selangor
Tarikh tutup 6 Mac 2009


Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak Negeri Selangor yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah.

a) Pegawai Hal Ehwal Islam : S41
b) Pegawai Tadbir : N41
c) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat : F29
d) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam : S27
e) Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa : J29
f) Pembantu Tadbir Undang-Undang : L17
g) Pembantu Hal Ehwal Islam : S17
h) Pembantu Penilaian : W17

iklan jawatan kosong MAIS

borang permohonan MAIS





Kokus Ahli Parlimen Wanita mengutuk percerobohan kehidupan peribadi Wakil Rakyat

PETALING JAYA: Dua hari selepas gambar bogelnya dilaporkan tersebar di internet, Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong Keat Ping, semalam mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

Wong, 37, yang kali pertama berdepan dengan media pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, sejak penyebaran gambar bogelnya didedahkan akhbar Isnin lalu, dengan sebak berkata beliau mengambil keputusan menawarkan diri meletak jawatan itu demi kepentingan parti.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya pula menyatakan, beliau sudah menerima surat Wong yang menawarkan peletakan jawatannya dan akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan nasihat baginda.

Dalam kenyataan empat perenggan itu, Abdul Khalid bagaimanapun menasihatkan Wong supaya mengambil cuti dan berehat berikutan dugaan serta tekanan yang dilaluinya.

Beliau menyifatkan kejadian yang menimpa Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal-Ehwal Pengguna itu sebagai sangat malang kerana pihak berkenaan menggunakan perbuatan keji untuk merosakkan nama dan integritinya.

Gambar bogel Wong dalam pelbagai posisi itu, yang dirakamkan ketika beliau tidur di sofa dipercayai di rumahnya, disebarkan menerusi internet sejak beberapa hari lalu. Berikutan itu, Wong membuat laporan di balai polis Damansara, Ahad lalu.

Wong yang membaca kenyataan pada sidang akhbarnya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan Abdul Khalid untuk mengatur penyerahan tugasnya tetapi akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan.

"Saya percaya gerakan memburukkan nama baik saya akan berterusan. Oleh itu saya membuat keputusan bagi kepentingan parti dan perjuangan kepada rakyat.

"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pemilih di kawasan saya, rakan Pakatan Rakyat, kawan dan orang awam. Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya mengambil keputusan menawarkan diri meletak jawatan sebagai Exco dan Adun Bukit Lanjan," katanya.

Adun Bukit Lanjan itu berkata, sejak dua hari lalu terdapat cubaan pihak tertentu untuk mencemarkan nama baiknya dengan menceroboh kehidupan peribadinya dan beliau yakin Umno serta Barisan Nasional (BN) akan terus memanipulasi isu itu.

"Pihak berkenaan berkomplot memperkecilkan kewibawaan saya sebagai Exco dan pemimpin PKR. Walaupun kempen untuk memburukkan nama saya ini ditujukan kepada saya, tapi saya sedar matlamatnya adalah untuk memburukkan PKR," katanya.

Wong yang masih bujang bagaimanapun menegaskan, beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak malu berhubung statusnya yang belum berkahwin.

Sebaik membaca kenyataan itu, beliau terus beredar sebelum wartawan, termasuk dari luar negara sempat mengemukakan soalan.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, R Sivarasa, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nurida Mohamad Salleh dan Setiausaha Penyelaras DAP, Teresa Kok.

20,000 jawatan kosong diisi segera menerusi skim khas

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,000 pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam yang masih belum diisi, akan ditawarkan kepada pekerja sektor swasta yang diberhentikan akibat kelembapan ekonomi dunia.

Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bersetuju mengadakan skim khas bagi menyerapkan pekerja terbabit dalam jawatan berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pihaknya kini dalam proses mencari mekanisme sesuai bagi membuat pengambilan secara terus dan serta-merta.

"Seramai 15,700 pekerja terutama dalam sektor perindustrian yang diberhentikan baru-baru ini, dijangka mendapat manfaat menerusi skim bagi mengatasi masalah pengangguran.

"Usaha juga akan dilakukan bagi membantu hampir 45,000 pekerja yang berhadapan risiko diberhentikan berikutan tindakan majikan masing-masing mengurangkan kos operasi," katanya pada sidang media selepas majlis konvokesyen ke-15 Kolej Tafe Seremban di sini, semalam.

Baru-baru ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menjangka hampir sejuta pekerja tempatan dalam pelbagai sektor termasuk elektronik dan pembuatan akan diberhentikan menjelang akhir tahun ini.

Berikutan itu, Timbalan Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan, meminta lebih 270 syarikat dan ejen pengambilan pekerja asing menghentikan segera pengambilan tenaga kerja asing bagi memberi peluang rakyat tempatan mendapatkan pekerjaan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Subramaniam berkata, pelbagai syarikat di negara ini juga masih mempunyai satu juta kekosongan pekerjaan yang belum diisi.

"Ada 12 juta kekosongan jawatan di negara ini dan daripada jumlah itu, hanya 11 juta yang sudah diisi. Jadi, tidak ada masalah mendapatkan kerja sebab kerja banyak, cuma pekerja saja yang kurang," katanya.

Beliau berkata, kementeriannya turut menerima aduan daripada pelabur asing mengenai kesukaran mendapatkan pekerja tempatan yang memenuhi keperluan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menggaji pekerja asing.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pekerja tempatan supaya meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dan sentiasa mempelajari teknologi baru bagi memenuhi keperluan majikan termasuk pelabur asing.

"Kerajaan juga akan membantu termasuk meneliti semula latihan di institut pengajian tinggi awam dan swasta serta institut kemahiran supaya graduan yang dihasilkan dapat memenuhi pasaran global," katanya.

Hari ini saya cuma nak menulis secara ringkas jer,, bukan nak perbetulkan cuma nak kongsi pendapat dengan anda semua,, sebelum itu, pernah tak anda dengar tentang Law of Attraction? kalau belum mungkin anda boleh mencari blog-blog motivasi yang menekankan tentang Law Of Attraction ini contohnya blog http://www.imotivasi.com/ hehe promote blog kawan kita ni :)

Bagi saya apa yang paling penting dalam kita mendapatkan pekerjaan ialah mindset kita, cara kita berfikir, ini memang anda tidak boleh nafikan lagi kerana ia memang akan mempengaruhi keadaan sekeliling kita. Kita hendaklah berfikiran positif dalam setiap hal,, apa yang saya lihat ialah ramai dikalangan kita berfikiran agak negatif, contohnya begini, apabila kita tidak dapat maklumat tentang pekerjaan terutama dalam sektor awam, apa yang anda akan fikirkan?

golongan 1

- jawatan kerajaan susah nak dapat
- jawatan kerajaan mesti ada orang dalam atau kroni
- sektor awam agak lembab
- susah untuk dapatkan maklumat jawatan sektor awam

golongan 2

- bagaimana untuk mencari maklumat jawatan dalam sektor awam
- apakah kesilapan aku dalam mengisi borang?
- kenapa jawapan temuduga aku tak mampu membuatkan aku mendapat kerja
- Sektor Awam mempunyai ramai kakitangan dan banyak kekosongan

secara jujurnya anda berada di golongan mana? anda tak perlu jawab, cuma anda hendaklah muhasabah, golongan pertama akan cuba mencari alasan dan kelemahan di dalam sektor awam, kerana memang mudah untuk kita mencari kesilapan mana-mana pihak, sebab kita lebih banyak betul dari silap, lebih banyak kelebihan dari kekurangan,, macam tu ker?

tetapi golongan 2 pula cuba mencari penyelesaian sekiranya masih belum mendapat pekerjaan, di manakah silapnya, bagaimanakah caranya, apakah rahsianya, dan tetapkan pemikiran yang positif.

sudah tentu anda akan lihat perbezaan yang ketara antara dua golongan tersebut, antara golongan pencari alasan dan golongan pencari penyelesaian, jadi renung-renungkanlah siapa anda.

Pada hari ini saya akan memberitahu sedikit maklumat tentang senarai jawatan-jawatan yang boleh di pohon sekiranya anda memiliki kelulusan SPM/SPMV. Ini kerana begitu ramai yang mempunyai kelayakan ini tetapi untuk memohon di dalam sektor awam anda tak tahu jawatan apa yang perlu anda pohon. Jadi di bawah ini disediakan sebahagian jawatan dan gred bagi kelulusan SPM dan SPMV sebagai panduan anda:

1-Jurubahasa - L17
2-Jurulatih Kawad - S17
3-Juruteknik (awam) - J17
4-Pegawai Bomba - KB17
5-Pegawai Imegresen - KP17
6-Pegawai Penjara - KX17
7-Pelukis Pelan - J17
8-Pembantu Akauntan - W17
9-Pembantu Antidadh - S17
10-Pembantu Belia dan Sukan - S17
11-Pembantu Juruaudit - W17
12-Pembantu Kesihatan Awam - U17
13-Pembantu Ehwal Islam - S17
14-Pembantu Makmal - C17
15-Pembantu Pembangunan Masyarakat - S17
16-Pembantu Perpustakaan - S17
17-Pembantu Tadbir (kesetiausahaan) - N17
18-Pembantu Tadbir (kewangan) - W17
19-Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) - N17

dan banyak lagi jawatan yang boleh anda pohon dengan kelayakan anda menggunakan SPM. Di antara jawatan tersebut jawatan di no 17, 18 dan 19 adalah jawatan yang memerlukan ramai kakitangan dan kebarangkalian anda untuk dipanggil temuduga adalah lebih tinggi. Jadi lihat lah mana yang bersesuaian dan mohon. Lain kali saya akan menulis perbezaan antara jawatan guna sama berbanding jawatan lain, apakah itu guna sama? apakah kelebihan mereka yang berada dalam jawatan guna sama? tunggulah untuk artikel yang seterusnya.

Jurupulih Perubatan Cara Kerja Gred U29
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 (SUK Negeri Perlis)
Pegawai Penyelidik Gred Q41 (Biologi Molekul Mikrobiologi - MOSTI)
Pegawai Penyelidik Gred Q41 (Biologi Industri - MOSTI)
Penolong Pegawai Veterinar Gred G27 (SUK Negeri Sembilan)
Pegawai Penyelidik Gred Q41 (Geologi)
Juruteknik Awam Gred J17 (SUK Negeri Sembilan)
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27
Pegawai Kawalan Alam Sekitar (Kejuruteraan Kimia) Gred C41
Jurutera (Elektrik) Gred J41
Penolong Akauntan Gred W27
Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27 (Fasa II)
Juruaudit Gred W41
Pegawai Latihan Vokasional (Kejuruteraan Elektrik) Gred J41
Pegawai Penyelidik (Parasitology) Gred Q41
Pegawai Penyelidik (Kejuruteraan Komputer) Gred Q41
Penolong Pegawai Penilaian Gred W27
Pegawai Penyelidik (Biologi Molekular) Gred Q41
Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) Gred U41
Pegawai Penyelidik Gred Q41
Pembantu Pertanian Gred G17
Pegawai Sains (Kimia Hayat) Gred C41
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S27
Calon-Calon Cemerlang (Fasa I)

[Keputusan Temu Duga selanjutnya, sila klik...]

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA