LANGKAWI - Kementerian Pelajaran telah menerima sebanyak 68,000 permohonan daripada siswazah untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi sesi Jun ini.

Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim berkata, hanya 1,984 tempat disediakan untuk kursus KPLI di 27 institut pendidikan guru bagi sesi pengajian bermula akhir Jun ini.

"Sebanyak 40,000 pemohon yang gagal juga telah mengemukakan rayuan agar dipilih,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Guru Daerah Langkawi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang di sini semalam.

Katanya, bahagian itu turut menerima 97,000 permohonan daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus diploma pendidikan dan hanya 6,200 pemohon diterima.

Katanya, Kementerian Pelajaran mungkin menetapkan syarat kelayakan yang lebih tinggi pada masa depan berikutan bilangan pemohon yang begitu ramai. - Bernama

dipetik dari kosmo

Iklan jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor
Tarikh tutup 29 Mei 2009

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk
mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-

1. Jurutera Awam J41
2. Juruteknik Awam J17

Iklan lengkap jawatan kosong LUAS

Iklan jawatan kosong di Perbadanan Muzimum Melaka (PERZIM)
Tarikh tutup 19 Mei 2009

Peluang kerjaya bagi warganegeri Melaka yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Muzium Melaka.

Nama Jawatan : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17

Iklan lengkap jawatan kosong PERZIM
Borang permohonan

Iklan jawatan kosong Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Tarikh tutup 11 Mei 2009

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan ini mempelawa calon-calon
Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan
berikut di ibupejabat YADIM di Kuala Lumpur dan di Cawangan YADIM Zon Sarawak
(Kuching):

1-PENOLONG PENGURUS GRED S27
2-PENOLONG PENGURUS PENERBITAN GRED N27
3-PENOLONG PENGURUS PEMASARAN GRAFIK GRED N27

Iklan lengkap jawatan kosong YADIM
Borang permohonan

Iklan jawatan kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Tarikh tutup 10 Mei 2009

1.JAWATAN : JURUTEKNIK
BADAN BERKANUN : PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH

Iklan lanjut jawatan kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

Iklan jawatan kosong di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor
Tarikh tutup 22 Mei 2009

Permohonan adalah dipelawa dari kalangan rakyat Negeri Johor untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech):

1. Pen. Pengurus Pendidikan, Penyelidikan dan Pembangunan Produk (Gred Q44)
2. Pen. Pengurus Pemasaran Kormesialisasi dan Usahawan (Gred N41/N44)
3. Pegawai Penyelidik (Gred Q41)
4. Pen. Pegawai Penyelidik (Gred Q27)

Maklumat lanjut sila layari Laman Web Rasmi J-Biotech.

Iklan jawatan kosong di Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Terengganu
Tarikh tutup 10 Mei 2009

jawatan:-
* Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
*Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
*Penolong Pegawai Veterinar Gred G27
*Penolong Pegawai Pertanian Gred G 27
*Pembantu Perikanan Gred G17

Maklunmat lanjut jawatan kosong SPN Terengganu

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA