a: Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
b. Gred : N17
c. Kod Skim : 3200
d. Kumpulan : Sokongan
e. Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/ Jabatan,
Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka,
Pulau Pinang dan Perlis
f. Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Kelayakan

i) SPM atau SPM(V) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari ITM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6]; atau

iii) Sijil Kejuruteraan (dalam bidang Ukur Tanah atau Perancang Bandar dan Wilayah) dari Politeknik Ungku Omar atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9]; dan

iv) kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

v) Sijil Institut Pertanian serta kepujian B.M. pada peringkat SRP atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8].

[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas].

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas kecuali B.M.; atau

ii) lulus Peperiksaan Khas.

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

a: Jawatan : Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
b. Gred : N17
c. Kod Skim : 3220
d. Kumpulan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
e. Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/
Jabatan, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

f. Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Kelayakan

i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2]

[Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer]; ATAU

ii) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9]; DAN

iii) kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau

ii) lulus Peperiksaan Khas.

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas:

Mengambil trengkas, menaip dan menguruskan pergerakan fail.

a. Jawatan : Pembantu Syariah
Gred : LS17
Kod Skim : 3081
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri
Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
Jadual Gaji :

P1T1 RM823.40 - P1T24 RM2154.37
P2T1 RM874.83 - P2T24 RM2275.52
P3T1 RM927.77 - P3T24 RM2400.97

Syarat Lantikan:

(i)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus dalam subjek Bahasa Arab (Komunikasi) atau Bahasa Arab Tinggi dan kepujian dalam subjek Al-Quran dan Sunnah atau Syariah Islamiah; dan



(ii)

lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah.

Iklan jawatan kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM
Tarikh tutup 9 Julai 2009

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak
kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan,
yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia :-

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat - F29
2. Juruteknik Komputer - FT17

Iklan lengkap jawatan kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia LLM

Iklan jawatan kosong di Lembaga Tabung Haji
Tarikh tutup 7 Julai 2009

Kami adalah tunggak kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang. Seiring dengan visi dan misi TH, pelawaan dibuka kepada Calon Luar (Warganegara Malaysia beragama Islam) untuk mengisi jawatan seperti berikut :-

jawatan - Pengawal Keselamatan SPP1


Iklan lengkap jawatan kosong LTH

Iklan jawatan kosong di Yayasan Ilmuan
Tarikh tutup 7 Julai 2009

Yayasan Ilmuan merupakan satu perbadanan yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. Individu yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

1. Pensyarah Matematik
2. Eksekutif Penyelidikan
3. Pembantu Khas
4. Pembantu Tadbir Pentadbiran

Iklan lengkap jawatan kosong Yayasan Ilmuan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) giat berusaha memenuhi 50,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.

Beliau berkata, kekosongan itu termasuk 5,000 jawatan doktor, 5,000 jururawat, 300 jurutera, 800 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan yang lain bagi pelbagai kategori pegawai biasa dan kakitangan sokongan.

Kerajaan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melanjutkan pendidikan dalam bidang perubatan untuk membantu kerajaan mengatasi kekurangan doktor.

Beliau berkata, lebih banyak biasiswa dan pinjaman diperoleh untuk rakyat Malaysia mengikuti kursus perubatan tempatan dan luar negara.

Pada masa yang sama, katanya Kementerian Kesihatan mengkaji kemungkinan mengambil doktor asing untuk memenuhi kekosongan itu.

Murugiah berkata, sungguhpun jumlah jururawat yang sedang dilatih mencukupi di negara ini, kebanyakannya berminat untuk berkhidmat di luar negara kerana gaji dan kemudahan yang lebih baik.

Beliau berharap rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk memenuhi pelbagai kekosongan kerana kerajaan telah memperbaiki skim gaji dan kemudahan untuk kakitangan awam.

Mereka yang berminat boleh memohon jawatan ini melalui dalam talian www.spa.gov.my.

Untuk keselesaan pemohon luar bandar khasnya di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, SPA akan menjalankan temuduga di bandar kawasan itu.

- BERNAMA

a. Jawatan : Pembantu Perpustakaan
b. Gred : S17
c. Kod Skim : 4112
d. Kumpulan : Perkhidmatan Sosial
e. Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/Jabatan
f. Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Kelayakan

a) Warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun;
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

(i) Berfungsi sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan;
(ii) Berfungsi sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan;
(iii)Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran; dan
(iv)Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.

a. Jawatan : Pembantu Pertanian
b. Gred : G17
c. Kod Skim : 4830
d. Kumpulan : Sokongan
e. Kem./Jab. : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
f. Jadual Gaji :
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Kelayakan

i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8]; DAN
iii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai, mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan projek perladangan berkelompok.

a. Jawatan : Pembantu Pertahanan Awam
Gred : KP17
Kod Skim : 3940
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Pertahanan Awam
Jadual Gaji :

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:

(i)

(a)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan; atau

(b)

bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan

(ii)

calon yang memiliki kelayakan di perenggan (i) (a) hendaklah mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran / kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.

a. Jawatan : Pembantu Perhubungan Perusahaan
Gred : S17
Kod Skim : 3956
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Kementerian Sumber Manusia
Jadual Gaji :

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:

(i)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii)

lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab mendaftarkan pencari-pencari kerja, memberi nasihat/kaunseling tentang peluang pekerjaan, membaharui pendaftaran, menyediakan data-data mengenai kekosongan jawatan di majikan-majikan yang mendaftar serta menjalankan lawatan kemajuan ke majikan-majikan/perusahaan-perusahaan yang baru diluluskan.

a. Jawatan : Pembantu Perangkaan
Gred : E17
Kod Skim : 3427
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual Gaji :

P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan:

(i)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

(b)

kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan aktiviti-aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia dan alam sekitar untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

a. Jawatan : Pembantu Penyelidik Sosial
Gred : N17
Kod Skim : 3701
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Kementerian Penerangan
Jadual Gaji :

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:

(i)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii)

kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Bertanggungjawab membantu Penolong Pegawai Penyelidik Sosial dalam menjalankan kerja-kerja soal-selidik, merekod dan mengumpul data-data, menyelidik, menyemak data-data yang telah dikutip dan membantu dalam penyediaan dan penerbitan laporan.

jawatan kosong Majlis Perbandaran Kangar
Tarikh tutup 12 Jun 2009


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada
rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan
di Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
3. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) Gred N17
5. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPK.Ps 6 Pin.1/2006 yang boleh didapati
di Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dengan harga RM1.00

Iklan lengkap jawatan kosong MPK boleh didapati di dalam akhbar Utusan malaysia rabu 3 Jun 2009

Ketahui tugas anda sebagai Pembatu Penilaian

a. Jawatan : Pembantu Penilaian
Gred : W17
Kod Skim : 4901
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Pelbagai Agensi
Jadual Gaji :

P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan:

(i)

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;

(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T1); ATAU

(ii)

Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institut Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan ialah pada Gred W17:P1T9); DAN

(ii)

kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menerima arahan tugas informasi harta tanah, menerima arahan dan menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA