b. Gred : J17
c. Kumpulan : Sokongan
d. Kem./Jab. : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang
dan Perlis
e. Jadual Gaji :
P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Syarat Lantikan Jawatan Pelukis Pelan

(i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut.
[Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T1 RM843.06]; atau

(ii)Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T2 RM894.49]; atau

(iii)Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T3 RM945.92]; dan

(iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pelukis Pelan Rendah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pelukis Pelan Gred J17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas Jawatan Pelukis Pelan

Menyurih dan menyediakan lukisan-lukisan (pelan) dengan penentuan-penentuan yang lengkap mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Gred : KX17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Penjara
Jadual Gaji :

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Penjara:

a)Warganegara Malaysia

b)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada Grex KX17:P1T1 RM827.94]


c) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m
bagi wanita tanpa bersepatu;

ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg
bagi wanita;

iii)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya
79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

iv)lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa

menggunakan cermin mata atau kanta lekap;

v)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
dan

vi)diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh

pengamal perubatan berdaftar.
d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Deskripsi Tugas Jawatan Pegawai Penjara:

Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan.

Gred : KP19
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Perdana Menteri
Jadual Gaji :

P1T1 RM1147.08 - P1T20 RM2295.05
P2T1 RM1198.51 - P2T20 RM2411.63
P3T1 RM1251.45 - P3T20 RM2532.55

Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Perhubungan Preman:

i) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu
pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai pengalaman
dalam bidang berkaitan; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat peperiksaan tersebut dan mempunyai
dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan; atau

iii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat
Koperal atau Sarjan dan mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.

Deskripsi Tugas Jawatan Pegawai Perhubungan Preman

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perisikan seperti taktikal, strategik, gerak saraf, risik balas dan keselamatan dan peperangan elektronik (PE)

Gred : N17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian / Jabatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan:

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; dan

ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris
dan mengendalikan komputer)

Deskripsi Tugas Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan:

Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

Gred : KP17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Imigresen
Jadual Gaji :

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Imigresen:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(b) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

(iv) lulus Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan

(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

(c) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Jawatan Pegawai Imigresen:

Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Tarikh tutup 15 Mac 2011

Institut Integriti Malaysia (IIM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :-

1. Setiausaha Pejabat
2. Pembantu Tadbir (Pekeranian/Operasi)

Iklan Lengkap Jawatan kosong di Institut Integriti Malaysia

Borang Permohonan

dapatkan lebih banyak maklumat disini: jawatan kosong kerajaan

Tarikh tutup 4 Mac 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan kurang dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Bintulu.

Jawatan 1 : Penolong Jurutera Gred J29 (Bidang Ukur Bahan)
Jawatan 2 : Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
Jawatan 3 : Pembantu Pertanian Gred G17
Jawatan 4 : Tukang K3 Gred R9 (Tukang Kayu)

Iklan Lengkap Jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Bintulu

Borang Permohonan

Tarikh tutup 7 Mac 2011

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:

1. Penolong Akauntan Gred W27
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Iklan lengkap jawatan kosong di FINAS


Borang

b. Gred : J17
c. Kumpulan : Sokongan
d. Kem./Jab. : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan,Melaka, Pulau Pinang
dan Perlis
e. Jadual Gaji :

P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Kelayakan Jawatan

i) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 RM1254.50]; ATAU

ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Jawatan:

Menjalankan kajian tapak (kegunaan tanah), soal-selidik sosioekonomi, menyediakan pelan dasar, landskap, kajian kampung dan memberi maklumat guna tanah.

Gred : KB17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jadual Gaji :

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Bomba:

i) a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;

ii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut :-

a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;
b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita.
c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm
dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan
cermin mata;
e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

iii) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti
berikut :-

a) mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b) menjulang dan menegakkan tangga Ajax
c) menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d) memanjat tali

iv) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Lantikan Bekas Anggota Tentera:

Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii) di atas.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Ahli Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Bomba Gred KB17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

(i) mempunyai kelayakan di perenggan (i) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas Jawatan Pegawai Bomba:

a. Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelematan.

b. Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.

c. Mengendalikan pam bomba.

d. Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.

e. Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Gred : J17
Kumpulan : Sokongan
Jadual Gaji :
P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Syarat Lantikan Jawatan:

i) Warganegara Malaysia;

ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T8 RM1203.07];

dan

iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Gred : S17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Pertahanan Awam
Jadual Gaji :

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:

a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dan berkebolehan mengendalikan latihan
kawad; atau

ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia
yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam
jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;

b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
yang berikut :

i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;

ii) berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi
wanita.

iii)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm
dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja).

iv)lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan
cermin mata; dan

v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

c) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
setaraf dengannya oleh kerajaan bagi calon di para (a) (i) di atas.

Deskripsi Tugas Jawatan Kosong Jurulatih Kawad:

Bertanggungjawab sebagai jurulatih kawad dan jasmani, menjalankan aktiviti kawad dan sukan bagi penghuni dan menyelaras kerja-kerja gotong-royong dan amal.

Tarikh tutup 10 Mac 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Pahang untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

Nama Jawatan :

1. Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid dan Surau Daerah

Iklan lengkap jawatan kosong di (MUIP)

Borang permohonan jawatan

Tarikh tutup 4 Mac 2011

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi
kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut :-

1.Juru Audit - W41
2.Pegawai Latihan (Guru Bahasa Inggeris) - E41
3.Penolong Jurutera - J29
4.Pengawal Keselamatan - KP11

Iklan lengkap jawatan kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Borang permohonan jawatan

Tarikh tutup 4 Mac 2011

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada RAKYAT DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan beragama Islam yang berkelayakan, untuk memohon kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) bagi jawatan berikut:

1. Penolong Pegawai Sistem Maklumat GRED F29
2. Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi) Gred N17
3. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17
4. Juruteknik Komputer Gred FT 17
5. Guru Al-Quran Gred S17

Jawatan kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK)

Borang permohonan

Tarikh tutup 23 Februari 2011


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermaustatin di Negeri Pulau Pinang bagi lantikan ke jawatan kosong di Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

1. PENYELIA KAFA/PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (3 Kekosongan)

Jawatan kosong di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

Gred Jawatan : DG41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji :

P1T1 RM1695.85 - P1T27 RM4645.85
P2T1 RM1790.47 - P2T27 RM4924.12
P3T1 RM1889.27 - P3T27 RM5226.19

Syarat Lantikan Jawatan:
a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji permulaan ialah pada gred DG41:P1T3]

dan

d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Tugas utama ialah menyelaras semua aktiviti-aktiviti Program Bahasa, termasuk memilih peserta, mengajar, menilai peserta-peserta kursus, di samping membuat kajian dan penyelidikan bagi keperluan latihan.

Gred : J41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Jabatan Lanskap Negara
Jadual Gaji :

P1T1 RM2088.25 - P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 - P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 - P3T23 RM5306.79

Syarat Lantikan Jawatan:

i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; dan

ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik bidang seni bina landskap adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Arkitek Landskap Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; dan
ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam, lanskap serta memberi ‘input' kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan.

Gred : J41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM2088.25 - P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 - P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 - P3T23 RM5306.79

Syarat Lantikan Jawatan:

i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J41: P1T3 RM2271.93]; dan

ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Seni bina) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Arkitek Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau

ii) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga
Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas Jawatan:

Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek (project's brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).

Tarikh tutup 16 Februari 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon warganegara malaysia ( keutamaan kepada warga selangor ) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut di Majlis Perbandaran Kajang.

1. Pegawai Tadbir ( N41 )
2. Pemandu ( R3 )

Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang

Borang permohonan

Tarikh tutup 28 Februari 2011

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Syarat Lantikan: Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Cara Memohon:
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang (MBSA 1) yang boleh dibeli di Kaunter Bayaran Tingkat G dengan harga RM3.00 tunai/naskhah.

Tarikh tutup 28 Februari 2011

1. Pegawai Perhubungan Industri (1 Kekosongan)
2. Pegawai Perubatan (1 Kekosongan)
3. Penolong Pendaftar (4 Kekosongan)
4. Pegawai Penyelidik (1 Kekosongan)
5. Penolong Pegawai Sains (1 Kekosongan)
6. Penolong Pegawai Farmasi (1 Kekosongan)

Iklan dan syarat permohonan jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang

Permohonan online

Tarikh tutup 28 Februari 2011

Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi
memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

1. Nama Jawatan : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (TETAP)

Jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Borang permohonan

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA