Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Jadual Gaji:
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Syarat Lantikan Pembantu Hidupan Liar:


  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • (Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai badan yang tegap dan tidak ada kecacatan pancaindera serta kebolehan menggunakan senjata); dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas Pembantu Hidupan Liar:
Membantu Ketua Daerah menjalankan tugas-tugas pentadbiran jabatan di peringkat daerah, mengetuai unit kakitangan menjalankan tugas penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan hidupan liar serta menjalankan aktiviti program pengembangan jabatan dan menjadi fasilitator kepada kursus-kursus pendidikan.

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis dan JAKIM

Jadual Gaji:
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam:


  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
  • Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan; dan
  • lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam, adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan seperti di atas kecuali Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; atau
  • lulus Peperiksaan Khas.


Deskripsi Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam:
Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Penyelidikan Aqidah dalam membantu mengumpul bahan-bahan/kitab/dokumen berkaitan dengan perkara aqidah untuk pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Syariah.

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Jadual Gaji:
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Syarat Lantikan Pembantu Galian:


  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam salah satu daripada subjek Matematik, Fizik, Kimia, Sains Paduan, Sains Am pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
  • Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred C17:P1T9 RM1224.19] ; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Pembantu Galian:

Mengumpul data dan maklumat bulanan bagi sektor perlombongan dan pengkuarian, mengumpul maklumat kegiatan dan aktiviti pegawai-pegawai Cawangan Lombong dan Kuari, mengumpul serta membantu membuat kajian semua syarat-syarat yang terkandung dalam lesen-lesen yang dikeluarkan kepada pengusaha lombong, kuari dan perniagaan mineral untuk tujuan penyeragaman serta membuat lawatan naziran ke semua aktiviti perlombongan, kuari dan perniagaan mineral seluruh negara.

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan Pembantu Ehwal Ekonomi:


  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred E17 : P1T8 RM1171.26]; dan
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Pembantu Ehwal Ekonomi:
Membantu menguruskan hal pengurusan ekonomi dan pemasaran yang berkenaan berdasarkan kepada unit-unit yang telah ditempatkan serta tugas-tugas dari pegawai atasan.

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Belia dan Sukan

Jadual Gaji:
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan Pembantu Belia dan Sukan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia atau sukan)


Deskripsi Tugas Pembantu Belia dan Sukan Gred S17:
  • Membantu melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Negeri/Jabatan/Daerah.

Tarikh tutup 6 April 2011

SIRIM Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan yang terlibat di dalam pembangunan teknologi dan penyelidikan serta perkhidmatan kualiti. Kami sedang mencari individu yang bermotivasi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEMBANTU TADBIR GRED 14

Iklan lengkap jawatan Kosong SIRIM Berhad

Tarikh tutup 11 April 2011

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak di Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam / UiTM Kampus Selayang / UiTM Kampus Sg Buloh bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

1. Pegawai Optometri (Kontrak) (Gred U41)
2. Pegawai Farmasi (Tetap/Kontrak) (Gred U41)
3. Pegawai Pemulihan Perubatan (Tetap) (Gred U41)
4. Jururawat (Tetap) (U41)
5. Penolong Pegawai Perubatan (Kontrak) (Gred U29)

Iklan lengkap jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA , Selangor

Borang permohonan jawatan

Tarikh tutup 7 April 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan
untuk dilantik ke jawatan berikut:

1)Pegawai Tadbir Gred N41 (sementara)
1 kekosongan

2)Juruaudio Visual Gred N17 (sementara)
1 kekosongan

3)Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 (sementara)
1 kekosongan

4)Pemandu Kenderaan Gred R3 (sementara)
1 kekosongan

Iklan lengkap jawatan kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA