Mungkin ada yang daripada anda telah memohon, mengisi borang online dan offline tetapi tiada satu pun temuduga yang dipanggil, kenapa?

Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama mendaftar dengan SPA seperti:

a) Jawatan yang dipohon itu tidak ada yang kosong, atau jika kosong sekali pun Kementerian atau Jabatan di mana kekosongan itu wujud tidak meminta SPA membuat pengisian atas pelbagai sebab; atau/dan

b) Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak didaftarkan dengan bank data SPA; atau/dan

c) Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah lakunya dan pemohon tidak membuat pembaharuan; atau/dan

d) Pemohon tidak melepasi syarat tapisan yang dikenakan oleh Suruhanjaya sekiranya jumlah pemohon terlalu ramai; atau/dan

e) Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang mereka pohon.


Saya sering mendapat pertanyaan dan soalan adakah kita semua boleh memohon jawatan di dalam sektor awam yang tidak setaraf dengan kelayakan kita?

mungkin anda juga mempunyai persoalan yang sama,,

Hasil pembacaan saya mendapati bahawa jawapan bagi persoalan tersebut ialah:

Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang dipohon dan pemohon mempunyai kelayakan di peringkat berkenaan. Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STPM, anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma atau STPM dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma/STPM.




Mungkin ada sesetengah dari anda yang telah pun menjawat jawatan didalam sektor awam tetapi mengisi juga kekosongan lain. Mengikut kajiselidik yang kami lakukan, antara penyebab mengapa penjawat awam memohon jawatan lain ialah:

1.Ingin memohon jawatan yang sesuai dengan kelayakan
2.Mempunyai tekanan di tempat kerja
3.Ingin merasai tugas dibahagian lain yang dirasakan serasi dengan diri
4.Dalam percubaan untuk balik ke kampung halaman (terutama jawatan dibawah kerajaan negeri)

ada pelbagai sebab mengapa penjawat awam masih memohon jawatan lain.. tetapi mengapakah pegawai awam pelu memohon melalui majikan? jawapannya ialah

Syarat mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan yang dikenakan kepada pegawai sedang berkhidmat ada dinyatakan dalam Perintah Am 17 (P.U. (A) 176/2005). Tujuannya ialah supaya Ketua Jabatan dapat menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan dan menyediakan dokumen yang diperlukan seperti Laporan Penilaian Prestasi serta Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini sekiranya pegawai berjaya dipanggil temu duga.


Nampaknya walau bagaimana pun, majikan anda tetap mempunyai kuasa untuk menyokong atau sebaliknya..jadi kerjalah sebaik mungkin walau dimana anda berada. Kerjalah dengan ikhlas

Kebanyakan pencari kerja sentiasa ingin mencari maklumat bagi menjawab soalan temuduga, ini kerana cara dan soalan yang diajukan berbeza bagi setiap syarikat dan setiap penemuduga, malah mungkin berbeza sekiranya temuduga sektor awan dan sektor swasta. Cuba kita lihat situasi sewaktu ditemuduga.

1. Sekiranya soalan berkaitan situasi, sekiranya boleh cuba anda ceritakan kembali bagaimana anda menangani dan berhadapan dengan masaalah tersebut dengan syarikat dulu.

2. Sekiranya anda menjawab setiap persoalan hendaklah tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang, tetapi pastikan jawapan anda mempunyai penjelasan lanjut sekiranya diminta.

3. Pastikan setiap sesuatu yang anda ceritakan mempunyai pendahuluan, cara penyelesaian dan hasilnya, ini bagi mengukuhkan lagi jawapan anda

4. Pastikan jawapan yang diberikan tidak menjatuhkan mana-mana pihak, walaupun majikan lama anda. Ini akan memberikan gambaran negatif tentang diri anda.

Persediaan temuduga, mengapa temuduga diperlukan bagi majikan

Mula-mula kita hendaklah memahami kenapa temuduga itu dijalankan, walaupun kita telah menghantar resume semua berkaitan maklumat peribadi dan kerjaya kita. Mengapa? Temuduga bertujuan untuk melihat dan menilai cara anda berkomunikasi dan menjawab soalan, ia juga dapat menentukan nilai serta skill yang ada pada diri anda.

Mungkin anda biasa dengan soalan

“ Sila ceritakan tentang diri anda”
tetapi soalan begitu agak lapok dan biasa, namun adakah anda telah bersedia dengan soalan-soalan yang lebih mencabar?
Di bawah saya sediakan contoh soalan yang lebih berat ;

1. Bagaimanakan sekiranya anda menghadapi …
2. Apakah yang akan anda lakukan sekiranya …
3. Bagaimanakah anda akan beritahu kepada pelanggan sekiranya …
Diharap artikel ini dapat membantu dan kita akan bersambung lagi nanti..

Dapatkan pekerja yang lebih pintar dari anda

Mungkin tajuknya agak pelik sedikit, tetapi kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan kita ialah kita mendapatkan pekerja yang lemah dan kurang berpengetahuan, ini kerana ada yang berpendapat mereka bos dan mereka hendaklah lebih bijak dari pekerja mereka, (adakah anda juga fikir begitu).

Bagi saya itu konsep yang kurang tepat, apa yang sebetulnya ialah dapat kan pekerja yang lebih berilmu dari anda dan layani mereka selayaknya dengan ilmu yang mereka ada, dan dalam masa yang sama anda hendaklah mempelajari selok belok kerja mereka dengan terperinci, tidak mengapa sekiranya anda banyak bertanya kerana kebiasaannya pekerja akan lebih rasa dihargai sekiranya majikan memberikan perhatian terhadap apa yang mereka tahu.
Ini secara tak langsung akan member anda pengetahuan yang lebih bagi setiap kali anda menjaga pekerja anda.

Contohnya
Anda melantik seorang pekerja yang mahir didalam bidang akauntan, anda member kepercayaan kepada mereka dan pada yang sama anda juga mempelajari bagaimana mereka menguruskan kewangan syarikat anda, percayalah dalam masa beberapa bulan sahaja anda sudah menjadi seorang yang berpengetahuan didalam bidang akaun, terutama kewangan syarikat anda.

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA