Jawatan Pembantu Kawalan Trafik Udara Gred A17

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Penerbangan Awam

Jadual Gaji:
P1T1 RM829.45 - P1T24 RM2178.66
P2T1 RM882.39 - P2T24 RM2299.69
P3T1 RM936.84 - P3T24 RM2425.14

Syarat Lantikan Jawatan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • lulus dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains atau salah satu daripada subjek sains serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Jawatan:

Untuk mengendalikan sistem Aeronautical Fixed Telecommunication Network (AFTN) dan penyediaan perkhidmatan radio berfrekuensi tinggi dan membantu sistem kawalan trafik udara di ruang udara Malaysia.

Sekiranya anda merupakan kakitangan awam sudah tentu anda perlu mengetahui, mengenai GCR, cara pengiraan dan siapa yang layak.

Apakah itu GCR? GCR ialah singkatan kepada gantian cuti rehat yang memberikan ganjaran atau award kepada anggota perkhidmatan awam yang tetap dan juga termasuk pegawai dalam tempoh percubaan dan anggota sementara dalam Perkhidmatan Awam. Tetapi beberapa kategori tidak layak mendapat gantian cuti rehat ini iaitu Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib.

GCR ini telah berkuatkuasa mulai Jan 1974 melalui P.P.Bil. 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Jan 1974.

diharap maklumat ini walaupun sedikit tetapi mampu memberikan maklumat kepada anda

Jawatan Pembantu Kaji Bumi Gred C17

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Jadual Gaji:
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Syarat Lantikan Jawatan:


* Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam salah satu daripada subjek Matematik, Fizik, Kimia, Sains Paduan, Sains Am atau Geografi pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
* Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred C17 : P1T9 RM1224.19]; dan
* lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Jawatan:

Bertanggungjawab membantu dalam meningkatkan kegiatan dan aktiviti jabatan menerusi perkhidmatan mineral, geosains dan maklumat giosains supaya dapat mewujudkan komoditi mineral dan pembangunan geosains yang berkualiti untuk pembangunan negara.

Jawatan Pembantu Juruaudit Gred W17

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Audit Negara

Jadual Gaji:
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan Jawatan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta sijil perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (simpan kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T2 RM871.80]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat tertinggi (perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T5 RM1021.53]; atau
  • Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpanan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T10 RM1271.08]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya. yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Jawatan:
Menjalankan penguatkuasaan hukuman undang-undang, pengurusan ehwal kewangan serta memberi khidmat nasihat kaunseling dari segi sistem perakaunan, pengurusan pentadbiran koperasi dan perundangan serta tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Di dalam kita sibuk mencari pekerjaan, sibuk bekerja, sibuk menambah pendapatan, sibuk menyenangkan keluarga tetapi apakah tujuan kita yang sebenarnya. Pernahkah anda sesekali duduk termenung mengenangkan kehidupan anda,, sekiranya anda sudah bekerja dan berpendapatan yang cukup,  tetapu pernahkah anda merasai satu jiwa yang masih dahagakan sesuatu yang lain dari apa yang anda cari selama ini? adakah anda pernah terfikit tentang, Redha Allah, keberkatan didalam pekerjaan anda?

Adakah anda pernah lalai dari mengerjakan solat kerana pekerjaan anda,, jadi setiap yang kita lakukan seharusnya kembalikan tujuan kita hanya sebagai hamba Allah..

p/s: teringat pesan ustaz yang mengajar,,
apabila digelarkan hamba diantara manusia  ia bermakna kedudukan yang sangat rendah disisi manusia,, tetapi sekiranya Allah mengaku kita ni hamba Dia alangkah bahagianya kita.



diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA