Para peminat wayang sudah tentu akan menyedari kehadiran filem gerimis mengundang ini, bagi aku salah satu kekuatan filem gerimis mengundang ialah pada lagunya dan bukan pada huruf Ta. Sapa yang tak pernah dengar lagu nyanyian slam ni kan,, memang menusuk kalbu. Pelakon utama filem ini ialah Kamal Adli (malaysia) dan juga Olivia Jensen Lubis (indonesia) . Filem gerimis mengundang ni dah macam cinta antara benua plak,, tapi kalau korang minat wayang macam aku peminat filem Malaysia ni pasti korang suka, filem yang penuh emosi ,,,,ok jom layan sinopsis..


Sinopsis: Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini. Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untul lawatan kerja di Tamparuli, Sabah. Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati. Sebalik dari itu, Mikha dan Doni telah memutuskan perhubungan di Kota Jakarta, kerana mereka merasakan adalah lebih sesuai untuk menjalinkan hubungan sebagai adik beradik. Mikha terus menuju ke Kota Kinabalu untuk mencari cintanya untuk Zamani. Namun semuanya telah terlambat apabila Zamani terlibat dalam kemalangan udara apabila helikopter yang dipandunya terhempas. Mikha merasai kehilangan apabila Zamani yang dicintai telah pergi buat selama-lamanya. Inilah kisah cinta agung antara Zamani dan Mikha buat selama-lamanya.

Kepada peminat rancangan super spontan korang pasti sudah tahu siapa pemenangnyakan? memang aku dah jangja zizan akan menjadi juara, Johan juga tahniah buat beliau sebagai naib juara,, kehebatan dua orang artis ni hampir sama dan mungkin boleh berubah keputusannya sekiranya super spontan diadakan lagi.


Sebagai juara Zizan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry fuhhhh memang berbaloi. Manakala, Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi. Korang memang terbaik ...

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA