Kepada sesiapa yang kaki bergambar dan ingin tambah nilai pada gambar yang diambil, atau nak letak dalam fb atau nak print di baju atau mug, and amungkin boleh cuba web ini. cara penggunaannya juga sangat mudah. diatas tu adalah contoh gambar yang telah ditambah nilai bergantung pada effect yang kita pilih.

lawati www.funnywow.com

Kalau anda seorang peminat basikal, pelumba basikal atau tokey kedai basikal, aku nak tanya ada ke basikal korang hebat macam ni, teringan, terkecil, terbaik dan ter ntah apa apa.
Tak tahu lah apa maksud yang nak disampaikan oleh mamat ni.

Jom layan video ini







Samaada anda peminat tegar facebook atau suka like di facebook

atau

sebagai hadiah kekasih yang berkenalan di facebook

atau 

sebagai sindiran kerana asyik like sesuka hati

atau

sebagai sarung tangan di dapur..

anda boleh membeli produk ini, tapi apa yang aku ingin bagitahu idea memang kreatif. malah kalau korang boleh buat sendiri tentu boleh buat duit dengan jual produk ni kan. Produk ini juga boleh didapati di yeople.com


Saja untuk perkongsian, cuba korang teka bergerak atau tidak corak ini.
Kalau tidak kenapa seakan bergerak? kalau bergerak rasanya tak bergerak


Pernahkah anda ke mana-mana kedai makan dan tersangat lambat pesanan anda diambil?
mungkin rata-rata mengatakan ya.
Mungkin kerana ingin protes dengan cara yang lebih kreatif ada juga yang tergamak membuat seperti gambar diatas.

p/s: tapi rasanya lebih sopan dari terbalikan meja atau maki hamun. tapi tidak digalakkan meniru aksi ini



Tengah jalan-jalan mencari resipi biskut raya, aku terjumpa biskut raya bentuk ni, yang rasanya belum sampai lagi kat Malaysia. agak-agak kalau jual laku ker? hehehe

Nanti kalau aku buat aku namakan biskut badam berjejari madu... 



Cantikkan !!
Sekali dipandang memang menggambarkan bertapa indahnya rekaan yang dibuat bagi Crescent Moon Tower Dubai ini.
Sedikit maklumat mengenai Crescent Moon Tower ini. Menara Bulan Sabit ini adalah satu projek reka bentuk seni bina yang dikemukakan kepada Senibina ThyssenKrup 11 Anugerah Lif oleh trasparent House, sebuah firma berpangkalan di California. Idea ini telah dibangunkan dan diberikan kerana cabaran untuk merekabentuk struktur lambang tertinggi untuk Za'abeel Park, sebuah taman yang terletak di utara-timur Pusat Dagangan Dunia Dubai. Dengan rekaan ini secara tidak langsung menggambarkan kehebatan dan kemajuan ekonomi Dubai. Diharapkan ada juga dikalangan kita yang akan lahir dengan rekaan yang hebat serta berunsurkan senibina islam.

Tetapi anda harus tahu bahawa Crescent Moon tower di Dubai ini hanyalah sekadar cadangan dan ia belum wujud lagi. Ia direka bagi memberikan gambaran moden Dubai.

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA