KUANTAN, 26 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Ketua Setiausaha Negara yang mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) fleksibel dalam menentukan penempatan semula agar tidak perlu mewujudkan jawatan baru dan menambah petugas dalam sektor perkhidmatan awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata cadangan Datuk Seri Dr Ali Hamsa itu merupakan satu daripada transformasi yang dilakukan kerajaan dalam memantapkan lagi penjawat awam dari segi kualiti dan kuantiti.

"Tidak perlu lagi penambahan jawatan baru apabila wujudnya kerja tambahan, sebaliknya JPA perlu letakkan pegawai yang sedia ada melakukan kerja tambahan melalui proses penyusunan semula tanpa perlu melantik pegawai baru," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Kualiti dan Inovasi 2012 di Universiti Malaysia Pahang Isnin.

Beliau berkata jabatan atau jawatan yang berkemahiran tinggi seperti sektor kesihatan, pendidikan dan keselamatan bagaimanapun memerlukan pelantikan baru serta penambahan anggota dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

"Jawatan yang berkemahiran tinggi seperti doktor, jururawat, guru, polis dan sebagainya perlu ada lantikan baru, jawatan mereka tidak boleh dimansuh atau dibekukan kerana jawatan-jawatan ini penting," katanya.


Mungkin anda pernah menghadapi saat ini, atau mungkin anda akan menghadapi saat ini, atau pun mungkin anda pernah terfikir seandainya perkara ini terjadi, dimana tempat dan cara untuk mendapatkan duit segera. Mungkin tips dibawah boleh dijadikan rujukan buat anda.

1.Jual barang yang tidak perluSekiranya anda mempunyai banyak barangan yang sudah tidak digunakan atau tidak perlu buat anda, apa lagi jual saja bagi mendapatkan wang tunai. Anda boleh jualkan di mudah.my, lelong, ebay dan banyak lagi,, kategorikan barangan yang ingin anda jual.

2.Pinjam dengan ahli keluarga atau sahabatSalah satu keuntungan pinjaman sebegini ialah anda tidak perlu membayar interest. Malah pinjaman senang untuk didapatkan. Tapi amaran, hutang keluarga dan sahabat hendaklah dibayar dan sekiranya berjanji tempoh bayaran hendaklah ditepati, kerana pinjaman dari mereka sekiranya anda tidak menepati janji anda akan meretakkan hubungan kekeluargaan .

3.Lakukan kerja sambilan
Anda boleh fikirkan peluang untuk buat duit disekeliling anda, contohnya bantu rakan jual burger, ambil upah potong rumput, ambil upah menjaga anak jiran (sekiranya anda atau isteri anda mempunyai ruang masa), mungkin juga upah basuh kereta.

4. Kelas malam
Sekiranya anda berpengetahuan dan boleh mengajar, anda boleh cuba mengajar tambahan bagi anak-anak jiran, boleh juga mengajar mengaji dan sebagainya.



Sudah tentu jarang untuk berjumpa mereka yang mempunyai binatang kesayangan...

Tak maksud saya binatang kesayangan exotic, sekiranya anda salah seorang dari mereka, tahniah anda memang seorang yang hebat. Menjadikan binatang yang jarang dipelihara mungkin memberikan satu kepuasan  yang luarbiasa bagi tuannya.

Adakah anda bercadang untuk mencari-cari apakah binatang exotic yang sesuai dengan anda, ataupun nak buat hadiah? di Malaysia ini anda boleh lawati

http://www.exoreptiles.com/my/index.php?main_page=index untuk melihat jenis binatang exotic yang mungkin menjadi idaman anda.

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA