Selepas Gangnam style, kini demam Gwiyomi pula melanda Malaysia. Hampir semua laman sosial memperkatakan mengenai fenomena Qwiyomi ini.Malah kalau dilihat didalam youtube, Keeks dan sebagainya dah banyak Qwiyomi versi Malaysia pulak.

Semuanya berusaha menjadikan video yang kelihatan comel dengan gerakan tangan. Dan sudah tentu rata-ratanya kaum wanitalah yang banyak menghasilkan video ini. Tapi apakah Gwiyomi? Gwiyomi adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Hari iaitu seorang penyanyi K-Pop. Lagu Gwiyomi ini menggunakan tangan sebagai gerakan dalam lagu tersebut, gerakan yang dihasilkan juga kelihatan comel, mungkin kerana kecomelan itulah yang menjadi ikutan mereka-mereka yang ingin kelihatan comel juga..

Gerakan tangan ini dipanggil “Gwiyomi Player” Ini menandakan remaja kita ramai yang meminati K-Pop dan kita juga menerima semua genre music yang dirasakan hebat dan menari. Malah fenomena Gwiyomi ini juga telah merebak pada artis-artis kita yang menghasilkan video gwiyomi.

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA