LANGKAWI - Kementerian Pelajaran telah menerima sebanyak 68,000 permohonan daripada siswazah untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi sesi Jun ini.
Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datuk Misrah Ibrahim berkata, hanya 1,984 tempat disediakan untuk kursus KPLI di 27 institut pendidikan guru bagi sesi pengajian bermula akhir Jun ini.
"Sebanyak 40,000 pemohon yang gagal juga telah mengemukakan rayuan agar dipilih,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Guru Daerah Langkawi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang di sini semalam.
Katanya, bahagian itu turut menerima 97,000 permohonan daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus diploma pendidikan dan hanya 6,200 pemohon diterima.
Katanya, Kementerian Pelajaran mungkin menetapkan syarat kelayakan yang lebih tinggi pada masa depan berikutan bilangan pemohon yang begitu ramai. - Bernama
dipetik dari kosmo
Iklan jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor
Tarikh tutup 29 Mei 2009
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk
mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-
1. Jurutera Awam J41
2. Juruteknik Awam J17
Iklan lengkap jawatan kosong LUAS
Subscribe to:
Posts (Atom)
diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA