Wednesday, December 17, 2008

Harga minyak jatuh, terendah dalam empat tahun

WASHINGTON: Harga minyak mentah dunia menjunam bawah AS$40 setong untuk pertama kali dalam tempoh empat tahun, semalam dengan tindakan terbaru Opec untuk menurunkan kadar pengeluaran.

Pasaran hadapan minyak jatuh serendah AS$39.88 setong dollars di New York Mercantile Exchange, terendah sejak Julai 2004, sebelum pasaran ditutup kepada AS$40.06 setong.

Penurunan itu ada kaitannya dengan keputusan Menteri Minyak Opec semalam yang bersetuju menurunkan pengeluaran 2.2 juta tong sehari untuk mengukuhkan pasaran minyak dunia selepas menyaksikan kenaikan tertinggi AS$147 setong, awal tahun ini. - AFP

1 comment:

  1. I like this blog, for its layout, theme, content, and topic. I think the author did a great job! Can you try out my "Free Internet Speed Test" blog? All comments appreciated!

    --->Free Internet Speed Test<---

    ReplyDelete