Gred : W17
Kod Skim : 3436
Kumpulan : Sokongan

Kem./Jab. :
Pelbagai Kementerian / Jabatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan:

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat
peperiksaan tersebut; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T2 RM871.80]; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh
Kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T5 RM1021.53]; atau

iv) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T9 RM1221.17]; dan

v) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :

Menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA