Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis dan JAKIM

Jadual Gaji:
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan Pembantu Hal Ehwal Islam:


  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
  • Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari Sekolah Agama Bantuan Penuh Kerajaan; dan
  • lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam, adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan seperti di atas kecuali Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia; atau
  • lulus Peperiksaan Khas.


Deskripsi Tugas Pembantu Hal Ehwal Islam:
Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Penyelidikan Aqidah dalam membantu mengumpul bahan-bahan/kitab/dokumen berkaitan dengan perkara aqidah untuk pembentangan laporan kepada Jawatankuasa Syariah.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA