KUALA LUMPUR 6 Dis. - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengulangi kejayaan apabila muncul johan pada Cabaran Usaha Sosial (SVC)-Bank Simpanan Nasional (BSN) 2011 menerusi produk pengesan dadah melalui analisis folikel rambut Cut n Drop.

Timbalan Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, kemenangan kali kedua itu tidak di sangka kerana peserta lain yang mengambil bahagian turut memperkenalkan produk terbaik mereka.

"Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada kami tahun ini sekali gus memberi inspirasi untuk mencipta produk yang lebih baik pada masa hadapan.

"Selain itu, ia menjadi landasan kepada kami untuk menaikkan nama UMT di peringkat antarabangsa kelak," katanya selepas acara penyampaian hadiah pertandingan itu di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Rohani Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Winston Emannuel.

Program yang dianjurkan BSN sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat syarikat itu terbuka kepada semua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

berita lanjut

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA