Bagi anda yang sering mempunyai masalah atau bagi anda yang selalu berfikiran negatif, kami sertakan beberapa tips agar anda lebih bersikap positif didalam hidup ini
1. Berada di kalangan mereka yang positif
Tidak boleh dinafikan lagi sekiranya anda berada dikalangan mereka yang bersikap negatif ia akan membawa anda cenderung ke arah negatif, jadi beradalah dikalangan mereka yang bersikap postif dan cuba lah lihat bagaimana mereka menangani masalah.
2.Senyum
Didalam Islam ada menekan kan konsep senyum sebagai satu sedekah, jangan pandang remeh hal ini, dengan senyum anda mampu menjadikan anda dan orang sekeliling anda lebih positif.
3.Maafkan kesalahan orang lain
Sebelum tidur anda maafkan segala kesilapan orang lain terhadap anda, sifat pemaaf adalah salah satu perkara yang agak berat untuk dilakukan, tetapi ia adalah sifat yang mulia dan tinggi, jadi untuk menjadi seorang pemaaf kuncinya cubalah setiap hari memaafkan.
Bagi mereka yang mempunyai pasangan sudah tentu anda pernah berdepan dengan pasangan anda yang dilanda kesedihan atau masalah, disini kami sediakan tips apa yang JANGAN anda ucapkan kepada mereka.
1. Jangan katakan " Ini adalah masa untuk bergembira, lupakan segala kesedihan"
kekadang ayat sebegini enak didengar dan seakan memberi motivasi bagi mereka yang ucapkan, tetapi bagi mereka yang dilanda masalah ucapan ini akna membuat mereka sakit hati, kerana begitu mudah anda minta mereka lupakan masalah, sedangkan masalah tersebut mereka terpaksa hadapi.
2. Jangan katakan " Anda perlu mengambil pil tidur sekiranya perlu".
Sekiranya anda yang mengucapkan ayat ini, rasanya elok anda diam sahaja.
3.Jangan berpaling anda pada kawan anda yang tertekan kerana anda tidak selesa dengan kemurungan mereka.
Biar mereka tahu sebenarnya isi hati anda berkata
"Saya tidak pasti apa yang hendak dikatakan, tetapi saya mahu anda tahu saya simpati dan sentiasa berada disisi."
4.Jangan cuba untuk memaksa rakan anda untuk berkongsi perasaan dan masalah mereka dengan anda.
Seseorang tertekan kadang-kadang hanya perlu berada di sekeliling anda, tanpa bercakap. Yakinkan mereka bahawa anda sedia menemani mereka walaupun tanpa berbicara walau sepatah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA