Mula-mula kedengaran tajuk ni dah rasa nak tergelak, tajuk filem ni aku dengar dalam tv kat rumah, mula-mula jangkakan hantu dalam botol,,, last-last ada lagi hantu dalam botol kicap, tu yang aku tak tahan tu. memang tajuk ni unik lah..nasib baik tak letak hantu dalam botol kicap kipas udang hehe

Untuk pengetahuan semua filem hantu dalam botol kicap akan mula ditayangkan pada 9 Februari 2012, jadi kepada mana-mana kaki wayang, kaki hantu komedi atau seram komedi boleh lah lepak-lepak atau ajak awek-awek layan filem hantu dalam botol kicap ni.

Dan kalau anda seorang kaki Quiz, ada berita baik, tadi aku tengah blogwalking tiba-tiba ternampak iklan Quiz hantu dalam botol kicap ni, iaitu quiz dari metrowealth anda boleh mencuba disini hantu dalam botol kicap. Aku pun tak try masuk lagi quiz tu jadi aku sendiri tak boleh nak bagitahu apa benda quiz tu, jadi korang lihat sendiri yer kemudian boleh beritahu kat sini.

Oh yer untuk kaki download, sudah tentu anda mencari download hantu dalam botol kicap, aku rasa elok korang lepak panggung lah lagi best,, lagi pun banyak download ni rasanya kebanyakannya tak legal kot,

ok nak tahu serba sedikit sinopsis citer hantu dalam botol kicap ni,, jom layan

Filem Hantu Dalam Botol Kicap mengisahkan Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.

Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Amannya negara kita. Rasa bertuah dan cinta pada negara, rasa bersyukur atas apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.

500,000 sambut Thaipusam

IPOH 7 Feb. - Kira-kira 500,000 penganut agama Hindu membanjiri Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh di sini bagi menghadiri perayaan Thaipusam yang disambut meriah di seluruh negara hari ini.

Suasana meriah mula terasa seawal pukul 7 pagi apabila penganut berpusu-pusu memenuhi pekarangan kuil bagi menghormati hari kelahiran Dewa Murugan itu.

Kira-kira pukul 10 pagi, rombongan perarakan kavadi yang bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Sungai Pari, Buntong iaitu kira-kira 10 kilometer dari Kuil Kallumal Arul Subramaniar, mula memasuki pekarangan kuil berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir turut meluangkan masa serta memberi ucapan ringkas sempena sambutan itu.

utusan online

Dalam ramai-ramai pemain bola sepak siapa yang tak kenal Khairul Fahmi atau Apek, penjaga gawang negara yang hebat dan sentiasa dipenuhi konrovesi, dan yang terbaru pula isu berkaitan Apek dan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey.

Secara tidak langsung Apek kini seakan-akan seorang artis atau selebriti, bukan setakat majalah sukan, malah majalah hiburan juga sudah melihat Apek sebagai salah satu bahan berita sensasi.

Tapi walaubagaimana pun, diharapkan semua yang berlaku ini akan lebih mematangkan Apek dan juga tidak menjejaskan tugas beliau sebagai penjaga gol Kelantan. Malam ini juga perlawanan antara Kelantan menentang Sabah.

Buat Apek semoga terus maju dan ketepikan segala gosip yang tak berasas. Malah jika isu Apek dan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey adalah fitnah, hentikan sahajalah fitnah ini.

Hari ini didalam akhabar ada mendedahkan isu "haji express" yang sibuk diperkatakan. Bagaimana tabung haji yang mengurus begitu ramai jemaah masih mempunyai sistem yang lemah.

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan punca berlakunya sindiket ‘haji ekspres’ disebabkan sistem pangkalan data pengurusan jemaah Lembaga Tabung Haji (TH) yang lemah sehingga memberi ruang dan peluang berlakunya penyelewengan dan rasuah.

Menurut sumber, kelemahan tersebut membolehkan pegawai yang menjaga sistem itu memasuk atau mengeluarkan mana-mana nama jemaah haji tanpa diketahui oleh pihak atasan.

“Siasatan kita dapati wujud kelemahan itu (sistem) kerana pihak TH tidak menggunakan ciri-ciri keselamatan seperti kod khas untuk mengubah data selain tidak boleh dipantau pihak atasan.

“Kelemahan itu memberi ruang untuk berlakunya penyelewengan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan satu sindiket ‘haji ekspres’ dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran bagi menunaikan ibadat haji.

Difahamkan, sindiket itu turut dianggotai oleh pegawai TH dan beberapa bekas kakitangannya. Kegiatan sindiket itu berjaya dikesan pihak berkuasa pada 2009 apabila mereka dilaporkan meminta suapan bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada jadual.

Menurut sumber itu lagi, kelemahan sistem pangkalan data sehingga berlakunya kegiatan sindiket ‘haji ekspres’ tersebut mirip dengan sindiket pengeluaran ‘lesen terbang’ yang dibongkar pihak berkuasa pada 2007.

“Bezanya sindiket ‘haji ekspres’ itu terpaksa menggunakan kuota orang lain yang benar-benar layak untuk menunaikan haji pada tahun tersebut,” ujarnya.


Malam ini merupakan malam yang ditunggu bagi peminat bola sepak Malaysia, dimana malam ini perlawanan Malaysia menentang Bahrain agak menarik dan unik kerana pasukan kita akan bermain di Manama pada 5 Februari 2012.

Bagi mereka yang ingin menontong siaran langsung anda akan dapat menyaksikan perlawanan Malaysia vs Bahrain pada kelayakan Olimpik London 2012 disaluran TV1 dan juga Astro 801 dan siaran langsung bolasepak Malaysia menentang Bahrain ini akan di bawakan terus dari Stadium Nasional Manama pada jam 11:15 malam waktu Malaysia. Kita berharap keputusan Malaysia menentang Bahrain malam ini akan memihak kepada kita.


Semalam berlangsungnya perlawanan persahabatan antara Kelantan dengan Balestier FC. Keputusannya Kelantan tewas kepada Balestier FC 2-0, Mungkin pemain import yang dimasukkan iaitu Okocha dan Nwaneri masih belum serasi atau strategi yang digunakan masih belum cukup ampuh untuk menewaskan Balestier FC.

Penyerang import asal Ghana, Samad Abdul Awudu Okocha menandatangani kontrak setahun di The Red Warriors 2012.Diharapkan pemain ini mampu membari sumbangan yang berbaloi dengan pelaburan.

Persoalan yang sering timbul difikiran saya akhirnya terjawab, saya selalu terfikir apa hukumnya mereka yang pergi menunaikan haji ke Makkah menggunakan "kabel" atau orang dalam. Sebagai mana yang kita tahu semua umat islam bercita-cita menunaikan haji, dan bagi negara kita kuota tersebut diuruskan oleh pihak berwajib, tetapi mengapa ada juga kedengaran ada yang mampu pergi terlebih dahulu tanpa menunggu lama.

Nak menunaikan haji, nak buat ibadat pun sanggup kita mengetepikan hak orang lain agar kita dapat kesana terlebih dahulu dan tanpa melalui giliran sebenar, jadi apa hukumnya?

Hukum mendapatkan perkhidmatan sindiket 'haji ekspres' adalah haram di sisi agama kerana melibatkan pemberian rasuah serta merampas hak orang lain yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, peserta haji dan mereka yang bersubahat dalam perbuatan itu menanggung dosa kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Perbuatan ini haram kerana ada pihak memberi dan menerima secara rasuah. Ia juga merampas hak dan peluang orang lain.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sistem haji di negara ini mengikut giliran siapa dulu mendaftar dan memohon," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.




"Haji express" haram

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :-

1. Tukang Masak (Gred K1) - 2 kekosongan (Ibu Pejabat)
2. Pembantu Tukang Masak (Gred K2) - 3 kekosongan (Ibu Pejabat)
3. Pramusaji (Gred K2) - 2 kekosongan (Ibu Pejabat)

Jawatan kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

1. Female Attendant

Responsibilities

· To chaperon female patients.
· To change linen and clean investigation room in NCL.
· To dispatch patient’s ticket to doctor’s room and record department.

Requirements

· SPM
· Knowledge of soft skill and PR
· Knowledge of computer

Jawatan kosong di Institut Jantung Negara

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Jan ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Jan.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan 2012," katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.

-- BERNAMA

Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)

Berita baik buat pendeposit Tabung Haji, Seramai 6.96 juta pendeposit Tabung Haji akan menikmati bonus enam peratus bagi tahun lalu, naik 0.5 peratus berbanding tahun 2010.
Peningkatan bayaran bonus itu berikutan kejayaan Tabung Haji mengekalkan prestasi kewangan dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua dengan keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion kali kelima berturut-turut sejak 2007.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata bonus itu akan mula dibayar Rabu depan.

Jadi kepada para pendeposit Tabung Haji boleh tersenyum gembira atas kenaikan ini, malah ia menjadi satu alternatif bagi merepa yang mencari tempat untuk menyimpan wang mereka. Tahniah kepada tabung haji diatas dividen yang diumumkan ini..

Dan sekiranya dilihat dividin bagi 10 tahun yang terakhir ini, dividen Tabung Haji 2011 ini adalah antara yang tertinggi. Maka pihak kami sangat menggalakkan anda melabur didalam Tabung Haji yang bagi kami lebih islamik. Cuba kita lihat pembahagian dividen Tabung Haji bagi tahun-tahun akhir kebelakangan ini

  • 2000 – 5.5
  • 2001 – 3.25
  • 2002 – 3.5
  • 2003 – 4.0
  • 2004 – 4.3
  • 2005 – 4.5
  • 2006 – 4.75
  • 2007 – 5.0 + 2.0 bonus
  • 2008 – 5.0
  • 2009 – 5.0
  • 2010 – 5.5
  • 2011 – 6.0
Pengumuman Dividen Tabung Haji 2011


Maklumat berkaitan SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)

  • Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
  • Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.
  • Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah
  • Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.


Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)
  • Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.
  • Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak
  • Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  1. Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  2. Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  3. Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia)

Sekiranya anda masih tercari-cari cara untuk menyimpan atau membuat pelaburan, mungkin anda boleh menimbangkan untuk membeli emas sebagai salah satu pelaburan anda. ini kerana harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice.

Hutang yang tinggi di Amerika Syarikat memberi kesan terhadap kenaikan emas serta peningkatan permintaan emas daripada China dan India.

Emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan. Malah emas juga mempunyai begitu banyak kelebihan berbanding wang fiat. Namun begitu sebagai mereka yang ingin melabur atau menjadikan emas sebagai simpanan anda seharusnya mengkaji serta keperluan kegunaan kewangan anda. Emas adalah simpanan yang amat sesuai kerana ia kalis inflasi, ini kerana emas mempunyai harga siling dan harga lantai yang perlu kita tahu dan anda juga diingatkan agar jangan terjebak dengan skim yang akan membawa kesusahan kepada anda nanti.

Harga emas dunia dijangka meningkat pada tahun 2012

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA