Iklan jawatan kosong di Perbadanan Putrajaya
Tarikh tutup 15 April 2009
Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan bagi jawatan-jawatan seperti lampiran disertakan ini. Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan berserta 2 keping gambar berukuran passport ke alamat seperti di lampiran selewat-lewatnya 15 April 2009 . Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-8888 7614 (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia). Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.
jawatan-jawatan yang ditawarkan ialah:
1-Pegawai Pertanian Gred G41
2-Penolong Pemelihara Hutan Gred G27
3-Pembantu Pertanian Gred G27
4-Juruteknik(Awam)Gred J17
5-Renjer Hutan Gred G17
Lampiran PPJ
Selaku penjawat awam atau bakal penjawat awam anda hendaklah mengetahui apakah itu amalan 5s. Tapi akah itu 5s?
5S ialah kaedah/alat pengurusan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat di negara Jepun. Amalan 5S ini boleh mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam organisasi, menentukan kepatuhan kepada standard serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.
Budaya penambahbaikan berterusan perlu diterapkan dalam Perkhidmatan Awam bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan (service delivery) kepada pelanggan. Amalan 5S merupakan salah satu daripada inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha untuk menerapkan budaya penambahbaikan di kalangan warga Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Justeru Amalan 5S ini merupakan penggerak kepada inisiatif-inisiatif kualiti yang lain.
Fokus utama amalan 5S :-
* Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran di tempat kerja;
* Meningkatkan semangat kerjasama berkumpulan; dan
* Meningkatkan keberkesanan operasi.
Jadi apakah itu amalan 5s
diambil dari perkataan jepun
1-Seiri = Sisih
Mengasingkan dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik.
2-Seiton = Susun
Menyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.
3-Seiso = Sapu
Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci agar tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja.
4-Seiketsu = Seragam
Mewujudkan standard amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan standard tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa.
5-Shitsuke = Sentiasa Amal
Melatih pekerja untuk mengamal sistem Amalan 5S secara berterusan agar menjadi kebiasaan dan budaya kerja organisasi.
mungkin perkara berkaitan amalan 5s ini akan ditanya di dalam temuduga anda,,