KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Jan ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Jan.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan 2012," katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.

-- BERNAMA

Gaji Kakitangan Awam Februari 2012 Ikut Gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM)

Berita baik buat pendeposit Tabung Haji, Seramai 6.96 juta pendeposit Tabung Haji akan menikmati bonus enam peratus bagi tahun lalu, naik 0.5 peratus berbanding tahun 2010.
Peningkatan bayaran bonus itu berikutan kejayaan Tabung Haji mengekalkan prestasi kewangan dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua dengan keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion kali kelima berturut-turut sejak 2007.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata bonus itu akan mula dibayar Rabu depan.

Jadi kepada para pendeposit Tabung Haji boleh tersenyum gembira atas kenaikan ini, malah ia menjadi satu alternatif bagi merepa yang mencari tempat untuk menyimpan wang mereka. Tahniah kepada tabung haji diatas dividen yang diumumkan ini..

Dan sekiranya dilihat dividin bagi 10 tahun yang terakhir ini, dividen Tabung Haji 2011 ini adalah antara yang tertinggi. Maka pihak kami sangat menggalakkan anda melabur didalam Tabung Haji yang bagi kami lebih islamik. Cuba kita lihat pembahagian dividen Tabung Haji bagi tahun-tahun akhir kebelakangan ini

  • 2000 – 5.5
  • 2001 – 3.25
  • 2002 – 3.5
  • 2003 – 4.0
  • 2004 – 4.3
  • 2005 – 4.5
  • 2006 – 4.75
  • 2007 – 5.0 + 2.0 bonus
  • 2008 – 5.0
  • 2009 – 5.0
  • 2010 – 5.5
  • 2011 – 6.0
Pengumuman Dividen Tabung Haji 2011

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA