Kepada peminat rancangan super spontan korang pasti sudah tahu siapa pemenangnyakan? memang aku dah jangja zizan akan menjadi juara, Johan juga tahniah buat beliau sebagai naib juara,, kehebatan dua orang artis ni hampir sama dan mungkin boleh berubah keputusannya sekiranya super spontan diadakan lagi.


Sebagai juara Zizan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry fuhhhh memang berbaloi. Manakala, Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi. Korang memang terbaik ...

Pasti semua sudah tahu bahawa Tomok akan menjadi hero filem Mantera. Pada mulanya aku ingat filem hantu rupa-rupanya bunyi nya lain. Bagi peminat Tomok sudah tentu ini masa yang sesuai untuk mereka melepaskan kerinduan pada Tomok setelah lama tidak berlakon.

Filem lakonan Tomok ini ialah sebuah lagi filem CGI menjadi taruhan oleh FlareStudio. Aku harap filem ini tidak akan mengecewakan. Bagi Tomok pula, inilah masa yang sesuai untuk menonjolkan bakat dan kematangannya.

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA