KUALA LUMPUR: Pengambilan pekerja asing menurun sebanyak 60,000 orang dalam tempoh sembilan bulan antara Mac dan Disember lalu, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata sejumlah 2.12 juta pekerja asing direkodkan pada Mac 2008 dan menurun kepada 2.06 juta orang pada Disember 2008.
"Dengan pembekuan subsektor tertentu seperti sektor perkilangan dan perkhidmatan serta keadaan ekonomi yang kurang memuaskan, kementerian menjangka jumlah pekerja yang sedia ada dapat dikurangkan hingga mencapai matlamat 1.8 juta sahaja pada 2010," katanya menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Mohd Nasir ingin tahu mengenai masalah kebanjiran pekerja asing di negara ini dan tindakan kerajaan terhadap majikan yang melebihi kuota dalam pengambilan pekerja asing.
Syed Hamid berkata kerajaan telah berusaha mengatasi kebergantungan sektor industri terhadap pekerja asing sejak 2007 lagi.
"Kerajaan telah mengambil langkah seperti pembekuan pengambilan pekerja asing Bangladesh, memperketatkan kelulusan pengambilan pekerja asing di Pusat Kelulusan Setempat (OSC) dan melaksanakan kerjasama penguatkuasaan antara Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja dan agensi lain secarakerap dan berkala," katanya.
Mengenai tindakan terhadap majikan yang melebihi kuota pengambilan, Syed Hamid berkata isu itu tidak timbul memandangkan kelulusan tidak akan dikeluarkan kepada majikan yang tidak memenuhi syarat dan kuota pengajian pekerja asing yang ditetapkan.
Katanya tindakan akan diambil oleh Jabatan Imigresen terhadap majikan yang menggaji pekerja asing secara tidak sah. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA
0 comments
Post a Comment