Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Arkib Negara

Jadual Gaji:
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan jawatan Pembantu Arkib:


* Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
* lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawet adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Arkib Gred S17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

* mempunyai kelayakan di atas; atau
* lulus Peperiksaan Khas; dan
* berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas jawatan Pembantu Arkib:

Bertanggungjawab menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA