Kumpulan: Pengurusan dan Profesional   
Kem/Jab: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Jabatan Landskap Negara

Syarat Lantikan Arkitek Landskap Gred J41:    

  •     Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  •     [ Gaji Permulaan P1 : RM2,359.72 ]dan
  •     lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:     
  •     Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik bidang seni bina landskap adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Arkitek Landskap Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:     
  •     mempunyai kelayakan di atas; dan
  •     berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
    Deskripsi Tugas Arkitek Landskap Gred J41:
   
Bertanggungjawab melaksanakan reka bentuk kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, pengawasan projek, mereka bentuk pelan pembangunan, taman awam, lanskap serta memberi ‘input' kepada rancangan pelan pembangunan struktur, kertas-kertas mengenai garis panduan dan perancangan serta projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan.   
    

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA