a. Jawatan : Renjer Hutan
b. Gred : G17
c. Kod Skim : 3514
d. Kumpulan : Sokongan
e. Kem./Jab. : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis

f. Jadual Gaji :
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Syarat Lantikan

i) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan kerajaan yang diiktiraf kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T4]; atau

ii) Sijil Perhutanan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T8]; dan

iii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pengawas Hutan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Renjer Hutan Gred G17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas atau
ii) lulus Peperiksaan Khas. dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

1)Mengawalselia kerja-kerja Pembangunan Hutan, Operasi, Penguatkuasaan Kilang, Pencerobohan Hutan Rekreasi di bawah jagaan Renjer.

2)Mengawalselia kakitangan, barang tugasan harian.

3)Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Jabatan.

4)Menyediakan laporan-laporan kepada Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja pembangunan.

5)Mengawalselia kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan.

6)Menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu.

7)Penguatkuasaan undang-undang hutan dan industri berasaskan kayu dan mengambil tindakan apabila perlu.

8)Menyediakan laporan kepada tuan Pegawai Hutan mengenai kemajuan kerja-kerja penebangan usahasilan, penguatkuasaan pelesenan pada tiap-tiap bulan dan melaksanakan arahannya.

9)Mengawalselia kakitangan dan peringkat pekerja Pengawas Hutan/Kanan di Renjer dan Rekreasi.

10)Mengawal selia kerja-kerja pembangunan, inventori dan rawatan hutan.

11)Menghadiri mesyuarat, taklimat, bengkel, kursus dan lain-lain arahan Pegawai Hutan dari semasa ke semasa.


4 comments

  1. Anonymous // January 15, 2011 at 8:47 AM  

    dimana boleh mendapat kan borang penyertaan renjer

  2. Anonymous // January 23, 2011 at 8:40 PM  

    borang boleh dpt d mane?

  3. Anonymous // July 31, 2011 at 11:04 PM  

    bila pengambilan kursus renjer hutan???

  4. Anonymous // October 11, 2011 at 12:32 AM  

    saya telah memohon jawatan ranjer hutan di SPA,bilakah pengambilan jawatan ranjer hutan yang terbaru akan dikeluarkan??

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA