Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Jadual Gaji:
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Syarat Lantikan Pembantu Galian:


  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam salah satu daripada subjek Matematik, Fizik, Kimia, Sains Paduan, Sains Am pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
  • Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred C17:P1T9 RM1224.19] ; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Pembantu Galian:

Mengumpul data dan maklumat bulanan bagi sektor perlombongan dan pengkuarian, mengumpul maklumat kegiatan dan aktiviti pegawai-pegawai Cawangan Lombong dan Kuari, mengumpul serta membantu membuat kajian semua syarat-syarat yang terkandung dalam lesen-lesen yang dikeluarkan kepada pengusaha lombong, kuari dan perniagaan mineral untuk tujuan penyeragaman serta membuat lawatan naziran ke semua aktiviti perlombongan, kuari dan perniagaan mineral seluruh negara.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA