Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Jadual Gaji:
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Syarat Lantikan Pembantu Hidupan Liar:


  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • (Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai badan yang tegap dan tidak ada kecacatan pancaindera serta kebolehan menggunakan senjata); dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hidupan Liar Rendah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas Pembantu Hidupan Liar:
Membantu Ketua Daerah menjalankan tugas-tugas pentadbiran jabatan di peringkat daerah, mengetuai unit kakitangan menjalankan tugas penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan hidupan liar serta menjalankan aktiviti program pengembangan jabatan dan menjadi fasilitator kepada kursus-kursus pendidikan.

1 comments

  1. senja_malam // April 18, 2011 at 5:14 AM  

    bagaimana boleh mendapatkan borang....

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA