Mungkin anda pernah menghadapi saat ini, atau mungkin anda akan menghadapi saat ini, atau pun mungkin anda pernah terfikir seandainya perkara ini terjadi, dimana tempat dan cara untuk mendapatkan duit segera. Mungkin tips dibawah boleh dijadikan rujukan buat anda.

1.Jual barang yang tidak perluSekiranya anda mempunyai banyak barangan yang sudah tidak digunakan atau tidak perlu buat anda, apa lagi jual saja bagi mendapatkan wang tunai. Anda boleh jualkan di mudah.my, lelong, ebay dan banyak lagi,, kategorikan barangan yang ingin anda jual.

2.Pinjam dengan ahli keluarga atau sahabatSalah satu keuntungan pinjaman sebegini ialah anda tidak perlu membayar interest. Malah pinjaman senang untuk didapatkan. Tapi amaran, hutang keluarga dan sahabat hendaklah dibayar dan sekiranya berjanji tempoh bayaran hendaklah ditepati, kerana pinjaman dari mereka sekiranya anda tidak menepati janji anda akan meretakkan hubungan kekeluargaan .

3.Lakukan kerja sambilan
Anda boleh fikirkan peluang untuk buat duit disekeliling anda, contohnya bantu rakan jual burger, ambil upah potong rumput, ambil upah menjaga anak jiran (sekiranya anda atau isteri anda mempunyai ruang masa), mungkin juga upah basuh kereta.

4. Kelas malam
Sekiranya anda berpengetahuan dan boleh mengajar, anda boleh cuba mengajar tambahan bagi anak-anak jiran, boleh juga mengajar mengaji dan sebagainya.


0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA