iklan jawatan kosong di Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia
tarikh tutu 7 Disember 2008

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan

jawatan yang ditawarkan

1- Pegawai Penerangan (S52)
2- Pegawai Tadbir (N52)

iklan jawatan kosong LPKM

borang permohonan LPKM

Disini disenaraikan jawatan kosong bagi bulan November yang masih boleh dipohon

1- Jawatan kosong DBP - tutup pada 24 November 2008
2- Jawatan kosong KADA - tutup pada 27 November 2008
3- Jawatan kosong MPBP - tutup pada 28 November 2008
4- Jawatan kosong MPN - tutup pada 24 November 2008
5- Jawatan kosong PERKESO - tutup pada 24 November 2008
6- Jawatan kosong MDKP - tutup pada 26 November 2008
7- Jawatan kosong IIM - tutup pada 30 November 2008
8- Jawatan kosong UTM - tutup pada 1 Disember 2008
9- Jawatan kosong MPOB - tutup pada 1 Disember 2008
10- Jawatan kosong JPV - tutup pada 28 NOvember 2008
11- Jawatan kosong UUM - walk in interview pada 25 November 2008
12- Jawatan kosong KIAS - tutup pada 30 November 2008
13- Jawatan kosong UTTSB - tutup pada 4 Disember 2008

jadi jangan lepaskan peluang mengisi jawatan kosong kerajaan yang masih dibuka bagi bulan November ini.

Pustakawan atau Librarian adalah mereka yang berkerja menguruskan perpustakaan bermula dari a-z, mungkin ada di antara anda yang mendapat tawaran temuduga sebagai seorang pustakawan (s41), Penolong Pegawai Perpustakaan (s27) ataupun Pembantu Perpustakaan (s17),

cuba kita lihat sedikit sebanyak antara tugas-tugas seorang librarian ini

1-Bertanggungjawab dalam menyemak dan memastikan susun atur buku dan terbitan bersiri di rak dala keadaan kemas, baik dan mudah dikesan oleh pengguna atau dengan kata lain user friendly.

2-Bertanggungjawab dalam memproses penerimaan terbitan bersiri (majalah/jurnal) yang baru diterima dengan mengecop dan dan merekodkan bahan tersebut.

3-Memastikan bahan-bahan bacaan dan dokumen dijaga dan diselenggara dengan elok agar tidak rosak atau hilang.

4-Memastikan buku dan terbitan bersiri direkodkan secara sistematik dan mempunyai kaedah yang bagus dalam mengawal selia rekod pinjaman dan keluar masuk buku atau bahan yang dipinjam dari perpustakaan.

5-Menitik berat aspek keselamatan di dalam perpustakaan dengan mengambil kira semua faktor seperti faktor keselamatan, kelembapan suhu yang mungkin menjejaskan buku dan fail, serangan serangga, susun atur bahan yang betul dan beberapa perkara lain lagi.

artikel dari http://tipskerjaya.blogspot.com/

iklan jawatan kosong di Perbadanan Produktiviti Malaysia
tarikh tutup 15 Disember 2008

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

Jawatan yang ditawarkan:

-PEGAWAI PERUNDING (E41)
-PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (N17)
-JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)
-PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURUTAIP) (N11)

Borang Permohonan:
Untuk memohon, dapatkan Borang Permohonan di :
- Unit Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Peti Surat 64, Jalan Sultan, 46904 Petaling Jaya.
- Pejabat Wilayah MPC
1.Kepala Batas, Pulau Pinang
2.Johor Bahru, Johor
3.Kuantan, Pahang
4.Kota Bharu, Kelantan
5.Kuala Terengganu, Terengganu
6.Kota Kinabalu, Sabah
7.Kuching, Sarawak
Jika melalui pos, sila sertakan sampul surat 25cm x 16cm bersetem 50 sen & beralamat sendiri.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Peti Surat 64,
Jalan Sultan,
46904 Petaling Jaya.

TIADA BORANG DI INTERNET.

iklan jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
tarikh tutup 15 disember 2008


Permohonan untuk jawatan dalam perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan
bagi memohon jawatan berikut :

jawatan yang ditawarkan:

-PEGAWAI TADBIR N41
-PEGAWAI PERUBATAN UD41
-PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA J41
-PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
-PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27
-PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA J29
-PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN S27
-AHLI MUZIK B27
-JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
-PEMBANTU MAKMAL C17
-PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
-JURUTEKNIK (LANDSKAP) J17
-PEMBANTU PERTANIAN G17

maklumat lanjut kunjungi

http://www.dbkl.gov.my

Hari ini bila saya buka akhbar terlihat tajuk Ceupacs nak boikot PTK. Mengapakah Ceupacs ingin memboikot PTK?

1-
Apakah isu sebenar yang menyebabkan PTK dilihat sebagai menimbulkan masalah.
Pertama ialah soalan PTK. Kita mendapati ada soalan yang tidak relevan dan sesuai dengan kumpulan sasaran. Bahagian soalan umum, mungkin kakitangan bolehmembaca kerana seragam, tetapi bahagian soalan khusus, iaitu mengenai bidang pekerjaan kakitangan menimbulkan banyak masalah. Jika pekerjaan saya ialah juruteknik, soalan khusus sepatutnya adalah hanya mengenai pekerjaan itu. Bagaimanapun, seorang juruteknik elektrik sudah tentu tidak boleh menjawab soalan
berkaitan juruteknik mekanikal. Apabila soalan sama, ini menimbulkan masalah. Jika saya jawab, jawapan itu tidak tepat dan akan gagal. Ini menyebabkan pada 2003 dan 2004, ramai gagal dalam peperiksaan yang ketika itu diadakan sekali setahun, berbanding empat kali setahun sekarang. Masalah soalan dihadapi hampir semua agensi dan jabatan kerajaan. Kakitangan kumpulan Pengurusan dan Profesional pun mempertikaikan peperiksaan PTK. Jika tidak, mengapa sebuah persatuan kumpulan ini mempertikaikan PTK walaupun kakitangan kumpulan ini menghadiri kursus sebelum menduduki PTK. Bagaimanapun, kumpulan sokongan satu dan dua tidak ada kursus. Mereka terpaksa membaca sendiri dan menduduki peperiksaan. Mana boleh!


2-
Isu kedua.
Apabila seseorang lulus peperiksaan PTK sama ada Aras Empat atau cemerlang, dia sepatutnya mendapat anjakan gaji, tetapi ini tidak berlaku. Dalam pekeliling perkhidmatan awam, setiap kakitangan yang lulus PTK Aras Empat akan mendapat anjakan gaji dan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Aras Tiga tidak mendapat anjakan gaji, tetapi boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Malangnya selepas lulus Aras Empat, mereka tidak mendapat anjakan gaji dan kenaikan pangkat. Anjakan gaji bukan secara automatik, tetapi apabila ada temu duga untuk kenaikan pangkat, mereka diberi lebih keutamaan kerana lulus PTK. Sebarang kenaikan pangkat memerlukan kakitangan lulus PTK, tetapi perkara ini tidak berlaku. Banyak kes begini berlaku.

3-Ada tanggapan bahawa PTK terlalu berorientasikan peperiksaan. Adakah ini benar.
Ya! Sebagai contoh bagi kumpulan pengurusan dan profesional mempunyai tugasan seperti penyelidikan dan pembelajaran yang lengkap, tetapi jika tidak lulus PTK, mereka tidak akan dipertimbangkan untuk mendapat kenaikan pangkat. Sebelum ada PTK, tugasan seperti menulis kertas kerja, seminar dan penyelidikan mencukupi untuk mendapat kenaikan pangkat. Sekarang tanpa kelulusan PTK, kakitangan kumpulan ini tidak boleh pergi ke jawatan lebih tinggi. Bukankah ini menunjukkan PTK menjadi penghalang. Bagi kakitangan kumpulan sokongan, ada yang prestasi kerja cemerlang tiga tahun berturut-turut, tetapi tidak lulus PTK juga menyebabkannya tidak layak mendapat kenaikan pangkat. Pada masa sama, kelulusan cemerlang dalam PTK juga tidak menjamin mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji apabila prestasi kerja tidak cemerlang. Sekarang ramai yang lulus PTK tidak mendapat anjakan gaji. Apabila saya pergi menghadiri taklimat, ramai yang menyokong PTK dimansuhkan.

Apakah tiada langsung aspek positif dalam PTK.
Jika PTK dilaksanakan dengan cara terbaik, kita nampak PTK memang menguji tahap kemampuan kakitangan, tetapi sistem itu mesti yang terbaik. Pelaksanaan mesti dilakukan dengan tersusun dan bukan timbul masalah berbulan-bulan hendak mendapat keputusan, lulus cemerlang tiada anjakan gaji dan penilaian prestasi diambil kira dalam kenaikan pangkat. Banyak perkara yang bercelaru. Masalah pilih kasih masih berlaku. A lulus PTK dengan cemerlang, manakala B gagal tetapi prestasi kerja bagus. B akan menjadi pilihan untuk memangku jawatan jika ketua jabatan mahukannya. Ketua jabatan mempunyai hak mutlak. Kadangkala penilaian dibuat berdasarkan cakap orang. Ini menyebabkan aspek penilaian prestasi juga menjadi satu masalah kerana tidak mengikut sistem dan tidak memanggil orang yang dinilai. Inilah perkara yang menjadi kerunsingan. Apabila saya pergi ke mana-mana, banyak yang memberi pandangan negatif. Walaupun ada yang memberi pandangan positif terhadap PTK, dia tidak melihat secara menyeluruh. Kita berdasarkan pandangan majoriti. Jika saya secara individu, PTK mungkin bagus apabila saya lulus, mendapat anjakan gaji dan kenaikan pangkat.

artikel dipetik dari mesra.net

Jawatn Kosong di Institut Sukan Negara (ISN)
tarikh tutup 13 Disember 2008


1-JAWATAN : PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOSIAL

2-JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOSIAL

iklan lanjut disini

iklan jawatan kosong Perkeso
tarikh tutup 24 November 2008


PERKESO menjemput Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berminat dan berdedikasi untuk menyertai kami sebagai:-

1-PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED 25
2-PEGAWAI PERUBATAN GRED 26
3-PEGAWAI TADBIR GRED 25
4-PEGAWAI TADBIR GRED 24
5-PEGAWAI TADBIR GRED 24 (PEGAWAI PENYELIDIK-BON)
6-PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 22
7-PEGAWAI TADBIR GRED 21
8-PEGAWAI TADBIR GRED 21 (PENOLONG PENYELIDIK-BON)
9-PEGAWAI TADBIR GRED 21 (PENOLONG PENYELIDIK-EKUITI)
10-PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 19

iklan lengkap dan borang PERKESO disini





Keterangan Tugas kerani akaun

-Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kita
-Membuat pengiraan yang sewajarnya
-Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad
-Mengira kos pengeluaran dan pengendalian
-Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.
-Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
-Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar.
-Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.
-Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.
-Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.
-Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
-Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Diantaranya:-

Penyimpan Kira-Kira

Kerani ,Akaun

Kerani ,Bank

Kerani, Audit

Kerani, Kredit

Kerani, Gaji

Kerani Kos

Kerani, Bil



Ciri-Ciri Peribadi kerani akaun

-Menyesuaikan diri dengan mudah
-Bersungguh-sungguh dan teliti
-Suka mempertahankan diri
-Cekap
-Petah
-Sopan
-Praktikal
-Tekun
-Tenang


Kelulusan kerani akaun

SPM atau setaraf, kepujian Bahasa Malaysia dan Matematik








Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

Keterangan Tugas akauntan

Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Akauntan

Juruaudit

Akauntan, Kos

Akauntan, Cukai

Bendahari

Setiausaha Syarikat

Juru Perunding

Penolong Akauntan

Kerani Akaun


Ciri-Ciri Peribadi

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

Prospek Kerjaya seorang akauntan

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.





iklan jawatan kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM)
TEMU DUGA TERBUKA 2008

(WALK-IN INTERVIEW)

Tarikh :25 November 2008 (Selasa)
Masa :9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat :Tingkat 8, Kampus Bandaraya UUM (KL)
41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

JAWATAN AKADEMIK

1)Pensyarah (DS45)
2)Tutor (DA41)
3)Guru Bahasa (DG41)

maklumat jawatan kosong disini

iklan jawtan kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
tarikh tutup 20 November 2008


Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

Jawatan-jawatan yang ditawarkan:


1.JURUTERA
2.PENOLONG AKAUNTAN (W27)
3.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (J29)
4.PENOLONG PENGUATKUASA
5.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN OPERASI) (N17)

Untuk memohon, dapatkan Borang Permohonan di Bahagian Pentadbiran, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Negeri Sembilan.






Pada masa sekarang begitu banyak agensi pekerjaan yang menyediakan khidmat mencari pekerjaan kepada mereka yang mendaftarkan diri mereka dengan agensi-agensi tersebut. Ini sedikit sebanyak akan memudahkan kepada para graduate atau mereka yang sedang mencari kerja kerana agensi ini akan menyesuaikan kelayakan kita dengan jawatan yang sesuai. Ada beberapa kelebihan sekiranya kita menggunakan khidmat agensi pekerjaan, antaranya ialah:

1- Akibat persaingan agensi pekerjaan ini, mereka akan cuba memberi khidmat yang terbaik kepada anda dalam mencari jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda, ini secara tak langsung akan memberi kemudahan kepada anda.

2- Agensi pekerjaan akan bertindak sebagai orang tengah antara majikan yang mencari pekerja dan bakal pekerja yang sedang mencari pekerjaan. Ada sesetengah agensi pekerjaan yang agak terkenal dan dipercayai oleh syarikat-syarikat dalam menyediakan pekerja.

3- Bakal pekerja mungkin akan diberi pilihan jawatan yang diidamkan mengikut kelayakan, ini kerana agensi ini akan menyesuaikan kelayakan kita dan sekiranya anda memperolehi pekerjaan itu adalah amat penting buat mereka.

Namun begitu agensi pekerjaan juga mempunyai keburukan dan risiko kepada bakal pekerja antaranya:

1- Ada sesetengah agensi pekerjaan menipu, mungkin mereka bukanlah agensi pekerjaan yang sah tapi berselindung di sebalik nama agensi pekerjaan.

2- Agensi yang tidak sah biasanya mengenakan cas yang mahal kepada pencari kerja yang mendaftar dengan mereka, ini akan merugikan anda, hati-hati.

3- Kebanyakan agensi mencari kerja menumpukan kepada peluang di sektor swasta, peluang anda untuk mendapat jawatan sektor awam adalah agak kurang, mahu atau tidak anda masih perlu mengisi peluang jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh sektor awam.




iklan jawatan kosong di Lembaga Tembakau Negara
tarikh tutup 23 november 2008

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah
dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Tembakau Negara Malaysia bagi jawatanjawatan
seperti berikut:-

1-PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED (E48)
2-PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED (E44)
3-PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED (F29)
4-PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED (N27)
5-PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED (E17)
6-PEMBANTU JURUAUDIT GRED (W 17)

iklan jawatan kosong NTB

borang jawatan kosong NTB




iklan jawatan kosong Universiti Teknologi Malaysia
Jawatan Kosong
16 NOVEMBER 2008 – 1 DISEMBER 2008

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan berikut:-

1-Pensyarah (DS51/DS45)
2-Guru Bahasa (DG41)
3-Pegawai Teknologi Maklumat (F41)
4-Pegawai Keselamatan (KP41)
5-Pegawai Tadbir (N41)
6-Pegawai Psikologi (S41)
7-Pegawai Kewangan W41
8-Pembantu Teknik (J29)
9-Pereka (B27)
10-Penolong Pengurus Asrama (N27)
11-Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) (N17)
12-Peniup Kaca (N17)
13-Pembantu Tadbir (Penyelenggara Stor) (N17)
14-Pembantu Pemuliharaan (S17)
15-Pembantu Pembedahan Pergigian (U17)
16-Tukang K3 (Paip)

iklan jawatan kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
tarikh tutup 17 november 2008


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan
untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau
Pinang (PERDA).

- Juruteknik Awam

iklan jawatan kosong PERDA








iklan jawatan kosong di Kolej RISDA
tarikh tutup 21 November 2008

Permohonan terbuka kepada calon yang berkelayakan.Permohonan daripada Pegawai/Kakitangan RISDA dan Anak Syarikat hendaklah dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.

PENSYARAH

1. Pertanian
2. Sains
3. Bahasa Inggeris
4. Perakaunan
5. Pengurusan Perniagaan
6. Matematik
7. Uudang-undang
8. Ekonomi
9. Juruteknik Pertanian

iklan jawatan kosong Kolej RISDA




diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA