Keterangan Tugas kerani akaun

-Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kita
-Membuat pengiraan yang sewajarnya
-Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad
-Mengira kos pengeluaran dan pengendalian
-Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi tujuan penyimpanan rekod berkanun.
-Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
-Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti sahan yang perlu dibayar.
-Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.
-Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi pinjaman yang diluluskan.
-Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab pertanyaan mengenai cukai.
-Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
-Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Di bidang Ini Diantaranya:-

Penyimpan Kira-Kira

Kerani ,Akaun

Kerani ,Bank

Kerani, Audit

Kerani, Kredit

Kerani, Gaji

Kerani Kos

Kerani, Bil



Ciri-Ciri Peribadi kerani akaun

-Menyesuaikan diri dengan mudah
-Bersungguh-sungguh dan teliti
-Suka mempertahankan diri
-Cekap
-Petah
-Sopan
-Praktikal
-Tekun
-Tenang


Kelulusan kerani akaun

SPM atau setaraf, kepujian Bahasa Malaysia dan Matematik




0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA