Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

Keterangan Tugas akauntan

Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

Menyelia pekerja lain.


Pekerjaan Yang Dikelaskan Dibidang Ini Diantaranya:

Akauntan

Juruaudit

Akauntan, Kos

Akauntan, Cukai

Bendahari

Setiausaha Syarikat

Juru Perunding

Penolong Akauntan

Kerani Akaun


Ciri-Ciri Peribadi

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

Prospek Kerjaya seorang akauntan

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan-badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.





6 comments

  1. ceeyah // December 10, 2011 at 8:10 PM  

    ade x pasal laluan selepas spm bagi kerjaya akauntan??

  2. yanie // June 11, 2012 at 10:22 PM  

    nak jadi akauntan memang banyak risiko ke?

  3. Unknown // December 23, 2012 at 7:12 AM  

    pendapatan akauntan berapa ? hehe

  4. Unknown // December 24, 2012 at 4:31 AM  

    kalu nak further degree.. at least brape pointer? skg tgh buat foundation

  5. Unknown // March 4, 2014 at 6:56 PM  

    Best ker jadi akunatan..banyak ker cabaran jady akuntan.

  6. Unknown // June 17, 2014 at 6:21 PM  

    huuuuuuuu
    nk knl blh

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA