Dapatkan pekerja yang lebih pintar dari anda

Mungkin tajuknya agak pelik sedikit, tetapi kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan kita ialah kita mendapatkan pekerja yang lemah dan kurang berpengetahuan, ini kerana ada yang berpendapat mereka bos dan mereka hendaklah lebih bijak dari pekerja mereka, (adakah anda juga fikir begitu).

Bagi saya itu konsep yang kurang tepat, apa yang sebetulnya ialah dapat kan pekerja yang lebih berilmu dari anda dan layani mereka selayaknya dengan ilmu yang mereka ada, dan dalam masa yang sama anda hendaklah mempelajari selok belok kerja mereka dengan terperinci, tidak mengapa sekiranya anda banyak bertanya kerana kebiasaannya pekerja akan lebih rasa dihargai sekiranya majikan memberikan perhatian terhadap apa yang mereka tahu.
Ini secara tak langsung akan member anda pengetahuan yang lebih bagi setiap kali anda menjaga pekerja anda.

Contohnya
Anda melantik seorang pekerja yang mahir didalam bidang akauntan, anda member kepercayaan kepada mereka dan pada yang sama anda juga mempelajari bagaimana mereka menguruskan kewangan syarikat anda, percayalah dalam masa beberapa bulan sahaja anda sudah menjadi seorang yang berpengetahuan didalam bidang akaun, terutama kewangan syarikat anda.

3 comments

  1. sabree hussin // August 5, 2011 at 7:20 PM  

    saya tak pernah anggap boss saya lagi pandai dari saya dari segi ilmu pengetahuan yang saya ada..

    tapi yang pasti ilmu yang dia (boss) ada just enough untuk catch up dengan apa ilmu yang saya ada nak yang saya cuba untuk sampaikan

  2. tipskerjaya // August 5, 2011 at 7:41 PM  

    hehe bos macam tulah,, tapi satu benda yang perlu ada ialah bos mesti kene berlagak tahu,,hehe

  3. madammondoq // August 5, 2011 at 9:05 PM  

    wah.. bagus ni.. banyak tips2 kerjaya kat sini.. boleh jadikan panduan..

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA