KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan CUEPACS bahawa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor pendidikan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata isu itu tidak seharusnya timbul terutama di kalangan guru kerana peruntukkan cuti bersalin 90 hari adalah hak mereka dan ketua jabatan tidak boleh sewenang-wenangnya menolak atau memotong tempoh cuti berkenaan.
“Isu ini tidak seharusnya timbul kerana apabila guru memohon cuti, pihak sekolah selalunya akan menyediakan guru ganti bagi meneruskan kerja mereka sepanjang tempoh cuti bersalin.
“Kementerian akan menyiasat dakwaan CUEPACS itu bagi menentukan sama ada isu berkenaan benar-benar timbul,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, semalam.
Kelmarin, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng mendakwa sebilangan besar penjawat awam wanita, khususnya mereka yang berkhidmat di sektor perguruan dan kejururawatan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari seperti diperuntukkan.
Yim Pheng berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada guru dan jururawat yang mendakwa permohonan cuti bersalin mereka ditolak oleh ketua jabatan masing-masing.
CUEPACS kecewa dengan tindakan sedemikian kerana alasan yang sering diberikan oleh ketua jabatan ialah berlaku kekurangan tenaga kerja untuk menggantikan mereka bagi tempoh 90 hari.
Mohd Puad berkata, kementerian akan menghubungi CUEPACS bagi mendapatkan bukti mengenai dakwaan itu.
berita harian 20.03.2012
Dalam berita aku terdengar bahawa PROTON Holdings Berhad (Proton) mengesahkan akan mengeluarkan model terbarunya yang dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo tahun depan dan ketika ini produk berkenaan dikenali dengan kod P3-21A.
Ia dikatakan seakan-akan Proton Tuah yang dipamerkan sebelum ini, dan macam biasa gimik kereta ini telah bermula, memang tak nampak jelas lagilah keseluruhan kereta P3-21A ini.
Bagi aku pemilik Proton Persona mungkin berita kereta keluaran proton ini tidak terlalu mengujakan kerana ia seakan-akan juga kereta Proton Persona yang juga dilengkapi enjin 1.6 tetapi tak berturbolah.
Bagi aku sekiranya kenderaan ala ala SUV ker itu lebih mengujakan aku.
Semalam aku dan kucing kesayanganku dah sepakat untuk bangun menonton perlawanan All England Badminton. Tentu aku mahu melihat player kebanggaan aku iaitu Datuk Lee Chong Wei bermain menentang Lin Dan. Mereka berdua memang lawan yang sama hebat.
Loceng jam aku berdering, mengejutkan aku menandakan pukul 12 malam, aku set waktu kat jam aku untuk bangun menonton badminton. Mula-mula masak air, kemudian buat segelas air kopi tok janggut untuk ketahanan mental, fizikal dan paling penting ketahanan mata dari mengantuk.
Maka perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan bermula, penuh harapan, penuh semangat juang, mereka bukan beradu tenaga tetapi lebih penting ialah mereka beradu kekuatan mental. Ia menggujakan aku hinggalah set ke 2 apabila Datuk menarik diri dan memberi kemenangan kepada Lin Dan...............Tamat disini...
Aku pula, tiba-tiba mendapat kesan sampingan, ntahlah mungkin disebabkan kekalahan atau disebabkan kopi yang aku minum, aku tak dapat melelapkan mata sehingga pukul 4 huhu...akhirnya selepas pukul 4 aku lena dalam kesedihan
Penang State Museum Board invites qualified individuals to fill the following vacancies: -
1. Juruteknik Awam (J17)
2. Pekerja Awam (R1)
Jawatan kosong di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
Closing date 15 Mac 2012
Jawatan kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
6:17 PM with 0 comments »Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), an agency of the Statutory Bodies under the Ministry of Transport Malaysia invites qualified candidates in related fields to fill the following position:
1.Pegawai Teknologi Maklumat - F41
2.Pegawai Penyelidik Sosial - N48
3.Pegawai Penyelidik - Q41, Q43, Q47, Q51, Q53
Jawatan kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Closing date 31 Mac 2012
The Malaysian Investment Development Authority (MIDA) is the government's principal agency for the promotion of the manufacturing and services sectors in Malaysia. MIDA assists companies which intend to invest in the manufacturing and services sectors, as well as facilitates the implementation of their projects. The wide range of services provided by MIDA include providing information on the opportunities for investments, as well as facilitating companies which are looking for joint venture partners. MIDA also assists companies interested in venturing abroad for business opportunities.
1. Pegawai Ehwal Ekonomi
2. Juruaudit
3. Pustakawan
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
5. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
6. Pembantu Ehwal Ekonomi
7. Pegawai Khidmat Pelanggan
8. Pengawal Keselamatan
Jawatan kosong di The Malaysian Investment Development Authority (MIDA)
Closing date 26 March 2012
Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur ditembusi besi pengadang dalam kemalangan ngeri di Kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd (Lekas), arah selatan berhampiran Pajam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, wanita dipercayai warga China itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Jurucakap polis berkata, mangsa bersama rakannya, Thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban dari arah Kajang.
“Kereta yang dipandu Yin Sei dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pengadang besi di kiri lebuh raya.
“Rempuhan kuat menyebabkan besi pengadang jalan menembusi cermin depan kereta sebelah pemandu hingga ke belakang kereta,” katanya, semalam.
Petikan ini diambil dari akhbar sinar harian 11 Mac 2012..
Saja nak ingatkan kepada semua supaya berhati-hati dijalanraya, kerana silap sedikit nyawa boleh melayang..
Dah banyak kali berlaku bab penghadang jalan yang menjadi penyebab kejadian maut sebegini, sehinggakan kalau hampir sangat dengan penghadang pun aku dah gerun,,,
hati-hati dijalanraya..
CUEPACS Harap Suruhanjaya Kaji Perkhidmatan Awam Dilaksana Secepat Mungkin
11:26 PM with 0 comments »MELAKA, 9 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dapat dilaksanakan segera.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata sebaiknya perbincangan berhubung langkah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dimulakan dari sekarang selepas sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan.
"Kita harap suruhanjaya ini cepat ditubuhkan dan dapat jasa baik Perdana Menteri, siapa yang jadi pengerusi (suruhanjaya) dapat diumumkan secepat mungkin.
"Ini kerana nak menyediakan sesuatu skim bukannya mudah," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, di sini Jumaat.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya semalam. Beliau turut mengumumkan pembatalan SBPA dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.
Bernama
9/3/2012
Jawatan kosong di Kedai Kraf SDSI
Closing adte 13 Mac 2012
SDSI Craft shop in Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Section 63 Jalan Conlay, Kuala Lumpur fully-owned by Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, aim to promote craft products SDSI to users. Candidate that interested is invited apply to fill job vacancy as follows :
1. Pembantu Jualan
Complete advertisement relating this post Jawatan kosong di SDSI
Jawatan kosong di Universiti Malaysia Kelantan
Closing dtae 18 Mac 2012
Establishment a Universiti in Kelantan state were created as one of the components in 9th Rancangan Malaysia to support quality development of human capital in national high education sector. YAB Malaysian Prime Minister has announced government permission to establish a university in Kelantan in RMKe-9 presentation on 31st of March 2006.
1. Pegawai Tadbir (N41)
2. Pegawai Teknologi Maklumat (F41)
Complete advertisement relating this post Jawatan kosong di UMK
PM umum pemansuhan SBPA, Sistem Saraan Malaysia ditambah baik
PUTRAJAYA: Berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam apabila kerajaan semalam mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, selain kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA).
Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui TV1 dan TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan 1 Januari lalu tetapi banyak menimbulkan kontroversi, dibatalkan.
Kerajaan memutuskan penggajian kakitangan awam dikekalkan di bawah sistem Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.
Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM itu menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana Gred 1 hingga 54 menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus.
Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A akan menikmati pelarasan sembilan peratus, Turus III dan II (lapan peratus) dan Turus I serta Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Selain itu, kadar COLA bagi kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, manakala untuk kawasan C (pedalaman) daripada RM100 kepada RM150.
Pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari lalu yang mana penjawat awam akan menerima gaji tertunggak. Difahamkan, gaji baru akan dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan.
Ia antara tujuh keputusan diumumkan Perdana Menteri pada perhimpunan khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dihadiri 15,000 penjawat awam, semalam.
Najib berkata, kerajaan faham SBPA mengundang keresahan, terkilan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam walaupun ia komited untuk mempertimbangkan semakan semula, pelarasan gaji atau satu bentuk saraan baru bagi menggantikan SSM pada tahun ini.
“Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi mereka (penjawat awam), sebagai kerajaan yang mendengar keluh kesah penjawat awam menerusi wakil mereka, CUEPACS, maka kita mengambil keputusan pada 12 Januari lalu supaya struktur saraan baru yang diperkenalkan, dikaji semula,” katanya.
Perdana Menteri berkata, keputusan yang diambil kerajaan itu adalah berdasarkan kepada saranan CUEPACS berkaitan saraan penjawat awam serta implikasi kewangan kerajaan yang mungkin terbabit.
“Anggota perkhidmatan awam adalah tiang seri keramat kerajaan, sebaik mana pun dasar digubal, betapa manfaat pun dasar digubal, ia tidak akan bermakna jika pelaksanaannya tidak berkesan atau tidak cekap (kerana) peranan penjawat awam sebagai pelaksana dasar adalah amat penting,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan peka dan prihatin dengan isu saraan yang dibangkitkan oleh penjawat awam yang menyaksikan semakan semula gaji perkhidmatan awam secara berkala dan yang terakhir dilakukan pada 2007 membabitkan kenaikan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus.
Najib berkata, dalam membuat keputusan, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik yang perlu mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi pada masa sama faktor lain terutama keupayaan kewangan kerajaan, tidak diketepikan.
“Kerajaan amat mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk bersama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu walaupun kita telah berjaya mengeluarkan negara daripada gelora ekonomi global," katanya.
bharian.com.my
2012/03/09