Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur ditembusi besi pengadang dalam kemalangan ngeri di Kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd (Lekas), arah selatan berhampiran Pajam, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, wanita dipercayai warga China itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa bersama rakannya, Thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban dari arah Kajang.

“Kereta yang dipandu Yin Sei dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pengadang besi di kiri lebuh raya.

“Rempuhan kuat menyebabkan besi pengadang jalan menembusi cermin depan kereta sebelah pemandu hingga ke belakang kereta,” katanya, semalam.



Petikan ini diambil dari akhbar sinar harian 11 Mac 2012..

Saja nak ingatkan kepada semua supaya berhati-hati dijalanraya, kerana silap sedikit nyawa boleh melayang..

Dah banyak kali berlaku bab penghadang jalan yang menjadi penyebab kejadian maut sebegini, sehinggakan kalau hampir sangat dengan penghadang pun aku dah gerun,,,

hati-hati dijalanraya..

1 comments

  1. zareliqa afiqa // March 11, 2012 at 1:32 AM  

    Ishh~ ngeri gler =.='

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA