Semalam aku dan kucing kesayanganku dah sepakat untuk bangun menonton perlawanan All England Badminton. Tentu aku mahu melihat player kebanggaan aku iaitu Datuk Lee Chong Wei bermain menentang Lin Dan. Mereka berdua memang lawan yang sama hebat.
Loceng jam aku berdering, mengejutkan aku menandakan pukul 12 malam, aku set waktu kat jam aku untuk bangun menonton badminton. Mula-mula masak air, kemudian buat segelas air kopi tok janggut untuk ketahanan mental, fizikal dan paling penting ketahanan mata dari mengantuk.
Maka perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan bermula, penuh harapan, penuh semangat juang, mereka bukan beradu tenaga tetapi lebih penting ialah mereka beradu kekuatan mental. Ia menggujakan aku hinggalah set ke 2 apabila Datuk menarik diri dan memberi kemenangan kepada Lin Dan...............Tamat disini...
Aku pula, tiba-tiba mendapat kesan sampingan, ntahlah mungkin disebabkan kekalahan atau disebabkan kopi yang aku minum, aku tak dapat melelapkan mata sehingga pukul 4 huhu...akhirnya selepas pukul 4 aku lena dalam kesedihan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA
0 comments
Post a Comment