Hari ini saya cuma nak menulis secara ringkas jer,, bukan nak perbetulkan cuma nak kongsi pendapat dengan anda semua,, sebelum itu, pernah tak anda dengar tentang Law of Attraction? kalau belum mungkin anda boleh mencari blog-blog motivasi yang menekankan tentang Law Of Attraction ini contohnya blog http://www.imotivasi.com/ hehe promote blog kawan kita ni :)
Bagi saya apa yang paling penting dalam kita mendapatkan pekerjaan ialah mindset kita, cara kita berfikir, ini memang anda tidak boleh nafikan lagi kerana ia memang akan mempengaruhi keadaan sekeliling kita. Kita hendaklah berfikiran positif dalam setiap hal,, apa yang saya lihat ialah ramai dikalangan kita berfikiran agak negatif, contohnya begini, apabila kita tidak dapat maklumat tentang pekerjaan terutama dalam sektor awam, apa yang anda akan fikirkan?
golongan 1
- jawatan kerajaan susah nak dapat
- jawatan kerajaan mesti ada orang dalam atau kroni
- sektor awam agak lembab
- susah untuk dapatkan maklumat jawatan sektor awam
golongan 2
- bagaimana untuk mencari maklumat jawatan dalam sektor awam
- apakah kesilapan aku dalam mengisi borang?
- kenapa jawapan temuduga aku tak mampu membuatkan aku mendapat kerja
- Sektor Awam mempunyai ramai kakitangan dan banyak kekosongan
secara jujurnya anda berada di golongan mana? anda tak perlu jawab, cuma anda hendaklah muhasabah, golongan pertama akan cuba mencari alasan dan kelemahan di dalam sektor awam, kerana memang mudah untuk kita mencari kesilapan mana-mana pihak, sebab kita lebih banyak betul dari silap, lebih banyak kelebihan dari kekurangan,, macam tu ker?
tetapi golongan 2 pula cuba mencari penyelesaian sekiranya masih belum mendapat pekerjaan, di manakah silapnya, bagaimanakah caranya, apakah rahsianya, dan tetapkan pemikiran yang positif.
sudah tentu anda akan lihat perbezaan yang ketara antara dua golongan tersebut, antara golongan pencari alasan dan golongan pencari penyelesaian, jadi renung-renungkanlah siapa anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA
0 comments
Post a Comment