Pada hari ini saya akan memberitahu sedikit maklumat tentang senarai jawatan-jawatan yang boleh di pohon sekiranya anda memiliki kelulusan SPM/SPMV. Ini kerana begitu ramai yang mempunyai kelayakan ini tetapi untuk memohon di dalam sektor awam anda tak tahu jawatan apa yang perlu anda pohon. Jadi di bawah ini disediakan sebahagian jawatan dan gred bagi kelulusan SPM dan SPMV sebagai panduan anda:

1-Jurubahasa - L17
2-Jurulatih Kawad - S17
3-Juruteknik (awam) - J17
4-Pegawai Bomba - KB17
5-Pegawai Imegresen - KP17
6-Pegawai Penjara - KX17
7-Pelukis Pelan - J17
8-Pembantu Akauntan - W17
9-Pembantu Antidadh - S17
10-Pembantu Belia dan Sukan - S17
11-Pembantu Juruaudit - W17
12-Pembantu Kesihatan Awam - U17
13-Pembantu Ehwal Islam - S17
14-Pembantu Makmal - C17
15-Pembantu Pembangunan Masyarakat - S17
16-Pembantu Perpustakaan - S17
17-Pembantu Tadbir (kesetiausahaan) - N17
18-Pembantu Tadbir (kewangan) - W17
19-Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) - N17

dan banyak lagi jawatan yang boleh anda pohon dengan kelayakan anda menggunakan SPM. Di antara jawatan tersebut jawatan di no 17, 18 dan 19 adalah jawatan yang memerlukan ramai kakitangan dan kebarangkalian anda untuk dipanggil temuduga adalah lebih tinggi. Jadi lihat lah mana yang bersesuaian dan mohon. Lain kali saya akan menulis perbezaan antara jawatan guna sama berbanding jawatan lain, apakah itu guna sama? apakah kelebihan mereka yang berada dalam jawatan guna sama? tunggulah untuk artikel yang seterusnya.

2 comments

  1. khAirun nAtasha // October 20, 2013 at 8:12 PM  

    bagaimana saya nk apply kekosongan jawatan tersebutt.?

  2. khAirun nAtasha // October 20, 2013 at 8:12 PM  

    bagaimana saya nk apply kekosongan jawatan tersebutt.?

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA