Jawatan Pembantu Juruaudit Gred W17

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Audit Negara

Jadual Gaji:
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46

Syarat Lantikan Jawatan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta sijil perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (simpan kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T2 RM871.80]; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat tertinggi (perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T5 RM1021.53]; atau
  • Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpanan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T10 RM1271.08]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya. yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Jawatan:
Menjalankan penguatkuasaan hukuman undang-undang, pengurusan ehwal kewangan serta memberi khidmat nasihat kaunseling dari segi sistem perakaunan, pengurusan pentadbiran koperasi dan perundangan serta tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA