Jawatan Pembantu Kaji Bumi Gred C17

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Jadual Gaji:
P1T1 RM824.91 - P1T24 RM2155.88
P2T1 RM876.34 - P2T24 RM2277.03
P3T1 RM929.28 - P3T24 RM2402.48

Syarat Lantikan Jawatan:


* Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam salah satu daripada subjek Matematik, Fizik, Kimia, Sains Paduan, Sains Am atau Geografi pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
* Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred C17 : P1T9 RM1224.19]; dan
* lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Jawatan:

Bertanggungjawab membantu dalam meningkatkan kegiatan dan aktiviti jabatan menerusi perkhidmatan mineral, geosains dan maklumat giosains supaya dapat mewujudkan komoditi mineral dan pembangunan geosains yang berkualiti untuk pembangunan negara.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA