Jawatan Pembantu Kawalan Trafik Udara Gred A17

Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Penerbangan Awam

Jadual Gaji:
P1T1 RM829.45 - P1T24 RM2178.66
P2T1 RM882.39 - P2T24 RM2299.69
P3T1 RM936.84 - P3T24 RM2425.14

Syarat Lantikan Jawatan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • lulus dalam subjek Matematik atau Ilmu Sains atau salah satu daripada subjek sains serta lulus Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Deskripsi Tugas Jawatan:

Untuk mengendalikan sistem Aeronautical Fixed Telecommunication Network (AFTN) dan penyediaan perkhidmatan radio berfrekuensi tinggi dan membantu sistem kawalan trafik udara di ruang udara Malaysia.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA