Gred : S17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Pertahanan Awam
Jadual Gaji :

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan:

a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dan berkebolehan mengendalikan latihan
kawad; atau

ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia
yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam
jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;

b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti
yang berikut :

i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;

ii) berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi
wanita.

iii)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm
dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja).

iv)lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan
cermin mata; dan

v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

c) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
setaraf dengannya oleh kerajaan bagi calon di para (a) (i) di atas.

Deskripsi Tugas Jawatan Kosong Jurulatih Kawad:

Bertanggungjawab sebagai jurulatih kawad dan jasmani, menjalankan aktiviti kawad dan sukan bagi penghuni dan menyelaras kerja-kerja gotong-royong dan amal.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA