Gred : KX17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Penjara
Jadual Gaji :

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Penjara:

a)Warganegara Malaysia

b)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada Grex KX17:P1T1 RM827.94]


c) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m
bagi wanita tanpa bersepatu;

ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg
bagi wanita;

iii)Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya
79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

iv)lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan
yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa

menggunakan cermin mata atau kanta lekap;

v)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
dan

vi)diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh

pengamal perubatan berdaftar.
d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Deskripsi Tugas Jawatan Pegawai Penjara:

Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan.

2 comments

  1. Anonymous // February 13, 2014 at 6:06 AM  

    sya minat kerje ne tapi ketinggian tak cukup..

  2. Unknown // April 1, 2017 at 8:59 AM  

    gaji kecik sangat x cukup makan

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA