Gred : N17
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Pelbagai Kementerian / Jabatan
Jadual Gaji :

P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat Lantikan Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan:

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; dan

ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi pada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris
dan mengendalikan komputer)

Deskripsi Tugas Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan:

Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA