b. Gred : J17
c. Kumpulan : Sokongan
d. Kem./Jab. : Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang
dan Perlis
e. Jadual Gaji :
P1T1 RM843.06 - P1T26 RM2325.37
P2T1 RM896.00 - P2T26 RM2452.46
P3T1 RM950.45 - P3T26 RM2583.95

Syarat Lantikan Jawatan Pelukis Pelan

(i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Seni Lukis atau Lukisan Geometri pada peringkat peperiksaan tersebut.
[Gaji permulaan ialah pada Gred G17: P1T1 RM843.06]; atau

(ii)Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T2 RM894.49]; atau

(iii)Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang Pelukis Pelan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T3 RM945.92]; dan

(iv) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pelukis Pelan Rendah adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pelukis Pelan Gred J17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Deskripsi Tugas Jawatan Pelukis Pelan

Menyurih dan menyediakan lukisan-lukisan (pelan) dengan penentuan-penentuan yang lengkap mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

1 comments

  1. RIDHWAN ISMAIL // June 25, 2011 at 10:17 PM  

    mana nk apply nih..??

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA