Kerjaya jururawat adalah kerjaya yang agak hot pada masa sekarang, malah kalau dilihat kebanyakan IPT samaada swasta atau kerajaan menawarkan bidang kejururawatan, ini adalah kerana bidang kejururawatan mempunyai peluang kerja yang amat cerah dan terjamin.

Negara masih kekurangan jururawat. Perkara ini bukan sahaja berlaku di hospital kerajaan, tetapi di hospital swasta juga. Profesion kejururawatan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mempunyai prospek yang sangat cerah, bukan sahaja di negara ini, malah di negara-negara luar seperti di Timur Tengah yang amat bersedia untuk menerima jururawat dari negara ini untuk bertugas di negara mereka dengan gaji yang lumayan.

Dan sekarang kerjaya jururawat bukan sahaja dimonopoli oleh kaum wanita, malah kaum lelaki juga sekarang telah memilih bidang kejururawatan sebagai kerjaya pilihan, mungkin disebabkan faktor minat, peluang kerjaya, gaji yang lumayan dan sebagainya.

jawatan kosong sebagai jururawat
mungkin anda boleh cuba disini

nurses for clinic & O&G specialist centre.
Training given. Shift work.
SPM/ STPM. Tel: 04-5385828/ 9

nurses teachers for Centre in B'worth.

Good salary. Open for no experience.
012-4014487 / 012-4217487









KUALA LUMPUR 30 Okt. – Kesatuan Pekerja Pengangkutan menggesa kerajaan supaya mewujudkan Dana Pemberhentian Pekerja Kebangsaan bagi menampung keperluan para pekerja untuk sementara ketika mereka mencari pekerjaan baru.

Setiausaha Agungnya, Datuk Zainal Rampak berkata, sumbangan kepada dana itu mestilah dilakukan oleh majikan dan pekerja, dengan jumlah sumbangan RM1 setiap bulan bagi setiap pekerja.

Katanya, dana itu perlu diuruskan oleh panel yang terdiri daripada profesional di bawah pengurusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).

“Panel itu boleh melabur dalam dana ekuiti kerajaan atau instrumen pelaburan lain yang dijamin bagi memper oleh pendapatan,” katanya.

Ketika berlaku pemberhentian, mereka boleh dibayar satu pertiga daripada gaji terakhir mereka sebagai langkah sementara bagi menampung keperluan mereka sewaktu tempoh tidak bekerja itu. – Bernama


Apabila wujudnya kemelesetan ekonomi, apa yang dilihat ialah ada sesetengah syarikat yang mengambil langkah mengurangkan pekerja, perkara ini jugalah menyebabkan timbulnya cadangan dana pemberhentian pekerja, sewaktu kejatuhan ekonomi para pekerja seakan terumbang ambing dan berharap agar mereka tidak terlalu merasa kesan kemelesetan ekonomi ini, tetapi sejauh manakah dana ini mampu menjaga kebajikan pekerja? ada kah perlu?









iklan jawatan kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
tarikh tutup 7 November 2008

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:-

1. Jurutera Awam J48 -Kontrak
2. Jurutera Awam J41 -Tetap / Kontrak
3. Pegawai Perancang Bandar dan Desa -Kontrak
4. Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41 -Kontrak
5. Juruteknik J17 -Kontrak
6. Pemandu Kenderaan Bermotor -Kontrak
7. Pembantu Am Pejabat -Kontrak

iklan jawatan kosong LUAS










Dalam minggu lepas kita dikejutkan dengan berita yang agak membimbangkan bagi kakitangan kontrak kerajaan ini kerana kemungkinan kontrak mereka tidak akan disambung lagi, bagaimana agaknya keadaan mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai? Walaupun begitu perkara sebegini sepatutnya telah difikirkan oleh pekerja kontrak kerana sekiranya anda membaca syarat perjanjian sewaktu menandatangani kontrak memang telah dijelaskan. Kali ini saya tidak mahu mengfokuskan kepada masaalah tapi sebaliknya mungkin kita boleh bekongsi cara penyelesaian,

1- isi jawatan kosong kerajaan
rasanya sekarang masanya amatlah sesuai untuk anda mengisi jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh mana-mana jawtaan kerajaan kerana proses temuduga mengambil masa dalam 3 bulan

2- cari peluang perniagaan
mungkin ini adalah cara yang tak berapa ramai yang suka, tapi pada hakikatnya kita kena bersedia untuk keadaan yang mendatang, jangan hanya menunggu nasib baik sahaja, anda jangan berharap kepada sesuatu yang belum pasti, jadi carilah kelebihan dan kelemahan anda yang mampu digunakan

3- pengurusan perbelanjaan
sekiranya anda mampu mengurangkan sedikit perbelanjaan yang tidak perlu ini sedikit sebanyak akan mampu membantu anda dalam mengurangkan bebanan kewangan yang bakal dilalui sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

secara peribadi, saya berharap agar pekerja kontrak kerajaan tidak akan diberhentikan, ini kerana kalau dilihat dari segi kerja mereka memang rajin dan terpaksa bekerja tanpa mendapat keistimewaan yang sama dengan pegawai tetap, mungkin kerajaan akan ada satu cara atau mekanisma yang betul dalam menandatangani masaalah ini kerana mereka adalah kerajaan kita yang mempunyai tanggungjawab melindungi rakyatnya. :)

apa kata anda?

Apakah perkara asas yang perlu dilakukan untuk melangkah ke dalam jabatan kerajaan?

Apa yang saya lihat, rata-rata antara kita membincangkan mengenai temuduga, cara menjawab soalan dan sebagainya, tetapi kita seolah lupa kepada perkara asas yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum anda dipanggil untuk temuduga. Perkara asas yang perlu dilakukan ialah:

1- Sahkan sijil
Anda hendaklah mengesahkan semua sijil-sijil yang berkaitan untuk dihantar bersama borang permohonan permohonan jawatan, apa yang saya lihat calon-calon yang menghantar borang kekadang tidak lengkap dan tiada pengesahan sijil. Haruslah diingat bahawa apabila anda menghantar salinan sijil, masih terdapat keraguan tentang keaslian sijil anda, kerana itulah pengesahan sijil adalah amat penting.

2- Permohonan Jangka Panjang
Permohonan jangka panjang adalah merujuk kepada permohonan melalui SPA, ini adalah langkah pertama anda mengisi borang bagi jawatan kerajaan, SPA mempunyai sah laku selama setahun, namun begitu sekiranya anda mempunyai maklumat baru dan ingin menambah atau memperbetulkan maklumat anda tidak perlu menunggu sehingga setahun. Adalah lebih elok anda mengisi borang SPA secara online daripada mengisi borang SPA secara manual, ini kerana pengisian borang secara online akan terus kepada database SPA, sedangkan sekiranya anda mengisi secara manual anda mungkin akan mengalami kehilangan sewaktu penghantaran, maklumat tidak lengkap dan sebagainya, melalui borang online anda akan ada peringatan sekiranya maklumat yang anda isi tidak lengkap.

3- Pemohonan Jangka Pendek
Permohonan jangka pendek adalah merujuk kepada kekosongan yang terdapat pada kementerian, jabatan, pertubuhan dan badan-badan berkanun yang biasanya kekosongan jawatan di dalam jabatan tiada masa tertentu dan anda hendaklah peka kepada kekosongan jawatan yang ditawarkan di dalam sektor awam dan badan berkanun. Mungkin agak sukar untuk anda memantau dan mencari setiap jawatan kosong yang ditawarkan oleh mana-mana jabatan, tapi sekarang anda tidak perlu risau kerana malaysiancareer.com telah menyediakan maklumat jawatan-jawatan kerajaan yang ditawarkan oleh setiap jabatan. anda cuba memilih kesesuaian jawatan dengan kelayakan anda. Ini di panggil permohonan jangka pendek kerana pada kebiasaanya temuduga akan dibuat selewat-lewatnya 3 bulan dari tarikh tutup iklan.

4- Resume lengkap
Penyediaan resume yang lengkap dan padat amatlah penting untuk menggambarkan diri anda, resume yang sesuai dalam 3-4 helai sahaja. Apa yang sering berlaku calon terlupa meletakkan gambar pada resume. Ini menggambarkan seolah-oleh permohonan anda tidak lengkap, ingat resume adalah gambaran pertama mengenai diri anda. Juga pastikan gambar yang anda berikan adalah sopan dan kemas.

5- Penghantaran Borang
Perkara ini agak remeh, tapi saya masukkan kerana ia mungkin menjadi salah satu sebab kegagalan anda, jika jabatan menyediakan borang untuk diisi dan dihantar anda hendaklah hantar sendiri atau menggunakan pos berdaftar atau pos laju, jangan sesekali menggunakan setem sebagai penghantaran, ini kerana pada luar sampul tersebut menggambarkan sampul tersebut bukan mempunyai dokumen penting, jadi jangan biarkan peluang anda terlepas dengan perkara yang remeh- temeh.

komen anda pada setiap artikel adalah amat diharapkan :)

artikel asal http://tipskerjaya.blogspot.com/

antara punca dan faktor kegagalan di dalam temuduga

Mungkin sudah ramai di antara anda pernah menghadiri temuduga sama ada jawatan kosong dalam sektor awam atau swasta. Dan tentu ramai juga di antara anda yang menemui kegagalan di dalam temuduga, di sini saya cuba menyenaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi kegagagalan dan kejayaan anda sewaktu menghadiri temuduga:

1- Kurang Pendedahan
kesilapan agak ketara berlaku pada calon-calon yang belum mempunyai pengalaman menghadiri temuduga, ini mungkin kerana calon-calon tidak mampu membuat persediaan yang rapi dari segi mental dan fizikal, di dalam proses temuduga, sedikit kesilapan atau ketidakyakinan calon akan mempengaruhi keputusan penemuduga, jadi adalah amat penting untuk anda mempelajari situasi, teknik dan suasana sewaktu temuduga dijalankan.

2- Kurang Persediaan
Kurang persediaan meliputi banyak makna, antaranya calon-calon agak kurang membuat kaji selidik tentang latarbelakang syarikat serta maklumat-maklumat yang penting tentang syarikat yang akan dihadiri temuduga, calon-calon kurang mengambil berat mengenai moto syarikat, konsep, dan maklumat-maklumat asas. Kurang persediaan juga bermakna anda tidakbersedia untuk mendengar dan menjawab soalan dengan sempurna, mungkin persediaan yang kurang menyebabkan anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada setiap soalan dari penemuduga.

3- Terlalu Yakin
Ada sesetengah calon yang terlalu yakin pada diri sendiri sehingga mereka seakan-akan merendahkan penemuduga dan syarikat yang akan mengambil anda bekerja, ini akan memberikan gambaran negatif mengenai diri anda, walaupun mungkin pada asalnya anda ingin menunjukkan kelebihan serta pengalaman kerja anda namun harus di ingat anda harus memberi jawapan yang sesuai dan padat, anda tidak boleh melampau atau menunjuk-nunjuk.

4- Etika Berpakaian
Kesilapan begini sering berlaku terutama kepada calon-calon yang kurang berpengalaman menghadiri temuduga, ada dalam sesetangah kes calon tidak memakai stokin sewaktu menghadiri temuduga, pakaian yang tidak kemas, contohnya pakaian yang tidak bergosok dan kelihatan agak tidak kemas, andainya anda mendapat panggilan temuduga bagi jawatan pegawai, anda harus ingat tali leher adalah wajib, sekiranya anda mendapat panggilan temuduga di dalam bahagian atau jabatan yang berkaitan keagamaan contohnya temuduga dari Majlis Agama Islam, seeloknya anda membawa songkok sewaktu menghadiri temuduga.

artikel asal http://tipskerjaya.blogspot.com/

tips kerjaya

Pada masa sekarang kerjaya adalah amat penting kepada kita semua, disamping merupakan sumber pendapatan, kerjaya juga seolah-oleh menentukan pandangan masyarakat kepada seseorang individu. Sekarang kita lihat banyak jawatan kosong yang ditawarkan kepada kita semua, namun adakah semua jawatan kosong yang ditawarkan itu sesuai kepada diri kita?
Apakah yang perlu kita pertimbangkan untuk menentukan kerjaya yang sesuai pada kita:

1- kenali diri
Ini adalah perkara utama yang perlu di perhatikan dalam kita membuta pertimbangan untuk mengisi mana-mana jawatan kosong yang ditawarkan. Contohnya sekiranya anda bercita-cita menjadi seorang anggota polis atau doktor, tapi sekiranya awak seorang yang rabun warna cita-cita anda adalah amat tidak sesuai, ini kerana sekiranya anda betuah dipanggil untuk temuduga sudah tentu anda akan gagal sewaktu menghadiri ujian atau temuduga.

2-pengalaman
Sekiranya anda adalah seorang fresh graduate atau pun baru menamatkan pelajaran sebolehnya anda tidak lah memilih sangat pada kerjaya pertama anda, ramai yang saya lihat para mahasiswa seakan memilih mengikut tahap kelayakan, harus diingat sepatutnya anda hendaklah memperolehi pengalaman dalam kerjaya, ini kerana walaupun anda petah bercakap tetapi anda tidak pernah bekerja, itu tidak memberi makna kepada majikan.

3-berusaha
Anda hendaklah rajin dan berusaha untuk mengisi jawatan kosong yang dipaparkan samaada di akhbar atau internet, ramai diantara kita suka mengeluh dan kecewa apabila jawatan yang di pohon tidak dipanggil temuduga, sepatutnya anda hendaklah mencuba sedaya mungkin tanpa rasa jemu.

artikel asal http://tipskerjaya.blogspot.com/

iklan kerja
jawatan kosong di Majlis Daerah Kerian

tarikh tutup 31 oktober 2008

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan bagi mengisi kekosongan jawatan tetap seperti berikut di Majlis Daerah Kerian. Keutamaan adalah kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

jawatan - akauntan ( W41 )

syarat dan maklumat lanjut boleh dilihat di

jawatan kosong MDK

iklan kerja
jawatan kosong Lembaga Pertubuhan Peladang

tarikh tutup 31 oktober 2008

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

1- Penolong Akauntan
2- Pembantu Ehwal Ekonomi
3- Juruteknik
4- Juruteknik Komputer
5- Penjaga Jentera Elektrik

iklan jawatan kosong LPP

borang permohonan

iklan jawatan kosong Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi Malaysia (KTAK)
tarikh tutup 31 oktober 2008

jawatan kosong yang ditawarkan

1- Pembantu Am Pejabat (N1 )
2- Pemandu Kenderaan ( R3 )

dapatkan borang permohonan di bawah
borang KTAK


alamatkan kepada

Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 5, Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62668 PUTRAJAYA
(u.p. : Puan Fatimah binti Jusoh)

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA