Dalam minggu lepas kita dikejutkan dengan berita yang agak membimbangkan bagi kakitangan kontrak kerajaan ini kerana kemungkinan kontrak mereka tidak akan disambung lagi, bagaimana agaknya keadaan mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai? Walaupun begitu perkara sebegini sepatutnya telah difikirkan oleh pekerja kontrak kerana sekiranya anda membaca syarat perjanjian sewaktu menandatangani kontrak memang telah dijelaskan. Kali ini saya tidak mahu mengfokuskan kepada masaalah tapi sebaliknya mungkin kita boleh bekongsi cara penyelesaian,

1- isi jawatan kosong kerajaan
rasanya sekarang masanya amatlah sesuai untuk anda mengisi jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh mana-mana jawtaan kerajaan kerana proses temuduga mengambil masa dalam 3 bulan

2- cari peluang perniagaan
mungkin ini adalah cara yang tak berapa ramai yang suka, tapi pada hakikatnya kita kena bersedia untuk keadaan yang mendatang, jangan hanya menunggu nasib baik sahaja, anda jangan berharap kepada sesuatu yang belum pasti, jadi carilah kelebihan dan kelemahan anda yang mampu digunakan

3- pengurusan perbelanjaan
sekiranya anda mampu mengurangkan sedikit perbelanjaan yang tidak perlu ini sedikit sebanyak akan mampu membantu anda dalam mengurangkan bebanan kewangan yang bakal dilalui sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

secara peribadi, saya berharap agar pekerja kontrak kerajaan tidak akan diberhentikan, ini kerana kalau dilihat dari segi kerja mereka memang rajin dan terpaksa bekerja tanpa mendapat keistimewaan yang sama dengan pegawai tetap, mungkin kerajaan akan ada satu cara atau mekanisma yang betul dalam menandatangani masaalah ini kerana mereka adalah kerajaan kita yang mempunyai tanggungjawab melindungi rakyatnya. :)

apa kata anda?

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA