antara punca dan faktor kegagalan di dalam temuduga

Mungkin sudah ramai di antara anda pernah menghadiri temuduga sama ada jawatan kosong dalam sektor awam atau swasta. Dan tentu ramai juga di antara anda yang menemui kegagalan di dalam temuduga, di sini saya cuba menyenaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi kegagagalan dan kejayaan anda sewaktu menghadiri temuduga:

1- Kurang Pendedahan
kesilapan agak ketara berlaku pada calon-calon yang belum mempunyai pengalaman menghadiri temuduga, ini mungkin kerana calon-calon tidak mampu membuat persediaan yang rapi dari segi mental dan fizikal, di dalam proses temuduga, sedikit kesilapan atau ketidakyakinan calon akan mempengaruhi keputusan penemuduga, jadi adalah amat penting untuk anda mempelajari situasi, teknik dan suasana sewaktu temuduga dijalankan.

2- Kurang Persediaan
Kurang persediaan meliputi banyak makna, antaranya calon-calon agak kurang membuat kaji selidik tentang latarbelakang syarikat serta maklumat-maklumat yang penting tentang syarikat yang akan dihadiri temuduga, calon-calon kurang mengambil berat mengenai moto syarikat, konsep, dan maklumat-maklumat asas. Kurang persediaan juga bermakna anda tidakbersedia untuk mendengar dan menjawab soalan dengan sempurna, mungkin persediaan yang kurang menyebabkan anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada setiap soalan dari penemuduga.

3- Terlalu Yakin
Ada sesetengah calon yang terlalu yakin pada diri sendiri sehingga mereka seakan-akan merendahkan penemuduga dan syarikat yang akan mengambil anda bekerja, ini akan memberikan gambaran negatif mengenai diri anda, walaupun mungkin pada asalnya anda ingin menunjukkan kelebihan serta pengalaman kerja anda namun harus di ingat anda harus memberi jawapan yang sesuai dan padat, anda tidak boleh melampau atau menunjuk-nunjuk.

4- Etika Berpakaian
Kesilapan begini sering berlaku terutama kepada calon-calon yang kurang berpengalaman menghadiri temuduga, ada dalam sesetangah kes calon tidak memakai stokin sewaktu menghadiri temuduga, pakaian yang tidak kemas, contohnya pakaian yang tidak bergosok dan kelihatan agak tidak kemas, andainya anda mendapat panggilan temuduga bagi jawatan pegawai, anda harus ingat tali leher adalah wajib, sekiranya anda mendapat panggilan temuduga di dalam bahagian atau jabatan yang berkaitan keagamaan contohnya temuduga dari Majlis Agama Islam, seeloknya anda membawa songkok sewaktu menghadiri temuduga.

artikel asal http://tipskerjaya.blogspot.com/

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA