KUALA LUMPUR 30 Okt. – Kesatuan Pekerja Pengangkutan menggesa kerajaan supaya mewujudkan Dana Pemberhentian Pekerja Kebangsaan bagi menampung keperluan para pekerja untuk sementara ketika mereka mencari pekerjaan baru.

Setiausaha Agungnya, Datuk Zainal Rampak berkata, sumbangan kepada dana itu mestilah dilakukan oleh majikan dan pekerja, dengan jumlah sumbangan RM1 setiap bulan bagi setiap pekerja.

Katanya, dana itu perlu diuruskan oleh panel yang terdiri daripada profesional di bawah pengurusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).

“Panel itu boleh melabur dalam dana ekuiti kerajaan atau instrumen pelaburan lain yang dijamin bagi memper oleh pendapatan,” katanya.

Ketika berlaku pemberhentian, mereka boleh dibayar satu pertiga daripada gaji terakhir mereka sebagai langkah sementara bagi menampung keperluan mereka sewaktu tempoh tidak bekerja itu. – Bernama


Apabila wujudnya kemelesetan ekonomi, apa yang dilihat ialah ada sesetengah syarikat yang mengambil langkah mengurangkan pekerja, perkara ini jugalah menyebabkan timbulnya cadangan dana pemberhentian pekerja, sewaktu kejatuhan ekonomi para pekerja seakan terumbang ambing dan berharap agar mereka tidak terlalu merasa kesan kemelesetan ekonomi ini, tetapi sejauh manakah dana ini mampu menjaga kebajikan pekerja? ada kah perlu?




0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA