tips kerjaya

Pada masa sekarang kerjaya adalah amat penting kepada kita semua, disamping merupakan sumber pendapatan, kerjaya juga seolah-oleh menentukan pandangan masyarakat kepada seseorang individu. Sekarang kita lihat banyak jawatan kosong yang ditawarkan kepada kita semua, namun adakah semua jawatan kosong yang ditawarkan itu sesuai kepada diri kita?
Apakah yang perlu kita pertimbangkan untuk menentukan kerjaya yang sesuai pada kita:

1- kenali diri
Ini adalah perkara utama yang perlu di perhatikan dalam kita membuta pertimbangan untuk mengisi mana-mana jawatan kosong yang ditawarkan. Contohnya sekiranya anda bercita-cita menjadi seorang anggota polis atau doktor, tapi sekiranya awak seorang yang rabun warna cita-cita anda adalah amat tidak sesuai, ini kerana sekiranya anda betuah dipanggil untuk temuduga sudah tentu anda akan gagal sewaktu menghadiri ujian atau temuduga.

2-pengalaman
Sekiranya anda adalah seorang fresh graduate atau pun baru menamatkan pelajaran sebolehnya anda tidak lah memilih sangat pada kerjaya pertama anda, ramai yang saya lihat para mahasiswa seakan memilih mengikut tahap kelayakan, harus diingat sepatutnya anda hendaklah memperolehi pengalaman dalam kerjaya, ini kerana walaupun anda petah bercakap tetapi anda tidak pernah bekerja, itu tidak memberi makna kepada majikan.

3-berusaha
Anda hendaklah rajin dan berusaha untuk mengisi jawatan kosong yang dipaparkan samaada di akhbar atau internet, ramai diantara kita suka mengeluh dan kecewa apabila jawatan yang di pohon tidak dipanggil temuduga, sepatutnya anda hendaklah mencuba sedaya mungkin tanpa rasa jemu.

artikel asal http://tipskerjaya.blogspot.com/

0 comments

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA