Apakah perkara asas yang perlu dilakukan untuk melangkah ke dalam jabatan kerajaan?

Apa yang saya lihat, rata-rata antara kita membincangkan mengenai temuduga, cara menjawab soalan dan sebagainya, tetapi kita seolah lupa kepada perkara asas yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum anda dipanggil untuk temuduga. Perkara asas yang perlu dilakukan ialah:

1- Sahkan sijil
Anda hendaklah mengesahkan semua sijil-sijil yang berkaitan untuk dihantar bersama borang permohonan permohonan jawatan, apa yang saya lihat calon-calon yang menghantar borang kekadang tidak lengkap dan tiada pengesahan sijil. Haruslah diingat bahawa apabila anda menghantar salinan sijil, masih terdapat keraguan tentang keaslian sijil anda, kerana itulah pengesahan sijil adalah amat penting.

2- Permohonan Jangka Panjang
Permohonan jangka panjang adalah merujuk kepada permohonan melalui SPA, ini adalah langkah pertama anda mengisi borang bagi jawatan kerajaan, SPA mempunyai sah laku selama setahun, namun begitu sekiranya anda mempunyai maklumat baru dan ingin menambah atau memperbetulkan maklumat anda tidak perlu menunggu sehingga setahun. Adalah lebih elok anda mengisi borang SPA secara online daripada mengisi borang SPA secara manual, ini kerana pengisian borang secara online akan terus kepada database SPA, sedangkan sekiranya anda mengisi secara manual anda mungkin akan mengalami kehilangan sewaktu penghantaran, maklumat tidak lengkap dan sebagainya, melalui borang online anda akan ada peringatan sekiranya maklumat yang anda isi tidak lengkap.

3- Pemohonan Jangka Pendek
Permohonan jangka pendek adalah merujuk kepada kekosongan yang terdapat pada kementerian, jabatan, pertubuhan dan badan-badan berkanun yang biasanya kekosongan jawatan di dalam jabatan tiada masa tertentu dan anda hendaklah peka kepada kekosongan jawatan yang ditawarkan di dalam sektor awam dan badan berkanun. Mungkin agak sukar untuk anda memantau dan mencari setiap jawatan kosong yang ditawarkan oleh mana-mana jabatan, tapi sekarang anda tidak perlu risau kerana malaysiancareer.com telah menyediakan maklumat jawatan-jawatan kerajaan yang ditawarkan oleh setiap jabatan. anda cuba memilih kesesuaian jawatan dengan kelayakan anda. Ini di panggil permohonan jangka pendek kerana pada kebiasaanya temuduga akan dibuat selewat-lewatnya 3 bulan dari tarikh tutup iklan.

4- Resume lengkap
Penyediaan resume yang lengkap dan padat amatlah penting untuk menggambarkan diri anda, resume yang sesuai dalam 3-4 helai sahaja. Apa yang sering berlaku calon terlupa meletakkan gambar pada resume. Ini menggambarkan seolah-oleh permohonan anda tidak lengkap, ingat resume adalah gambaran pertama mengenai diri anda. Juga pastikan gambar yang anda berikan adalah sopan dan kemas.

5- Penghantaran Borang
Perkara ini agak remeh, tapi saya masukkan kerana ia mungkin menjadi salah satu sebab kegagalan anda, jika jabatan menyediakan borang untuk diisi dan dihantar anda hendaklah hantar sendiri atau menggunakan pos berdaftar atau pos laju, jangan sesekali menggunakan setem sebagai penghantaran, ini kerana pada luar sampul tersebut menggambarkan sampul tersebut bukan mempunyai dokumen penting, jadi jangan biarkan peluang anda terlepas dengan perkara yang remeh- temeh.

komen anda pada setiap artikel adalah amat diharapkan :)

artikel asal http://tipskerjaya.blogspot.com/

3 comments

  1. Anonymous // October 22, 2008 at 8:34 AM  

    saya amat mengalukan komen dari anda semua

  2. Unknown // October 29, 2008 at 6:01 PM  

    salam,
    maaf kerana mencelah...
    ada sesetengah jabatan dan badan berkanun telah menegaskan bahawa dokumen yang dihantar menggunakan pos laju atau pis ekspress tidak akan dipertimbangkan permohonannya...itu adalah prosedur mengikut jabatan....pasrah jer lah :D

  3. Anonymous // October 31, 2008 at 6:34 AM  

    oh yer ker, saya tak tahulah pulak,, terima kasih kerana berkongsi maklumat

diskripsi tugas dirujuk kepada laman web SPA